Page 619 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 619

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Pengukuran  Rasch.  Data  Kuantitatif  dikumpulkan  melalui  soal  selidik.  Penyelidik
               mengedarkan  set  soal  selidik  kepada  30  orang  responden  yang  merupakan  golongan

               pendidik  dan  pentadbiran  yang  terlibat  dengan  pembelajaran  dan  pengajaran.  Menurut
               Johanson dan Brooks (2010) jumlah responden minimun seramai 30 orang sudah mencukupi
               untuk dianalisa kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian awal.

                       Borang soal selidik yang akan disediakan terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu
               Bahagian A (demografi), bahagian B (Implikasi Penggunaan loghat negeri dalam PdP) dan

               bahagian C (Penggunaan bahasa Melayu Baku dalam urusan harian). Pecahan bahagian
               borang soalan selidik dapat dilihat seperti Jadual 1.


                  Bahagian      Konstruk                                              No item     Jumlah
                  Bahagian A    demografi                                             1-3         3

                  Bahagian B    Implikasi Penggunaan loghat negeri dalam PdP          4-11        8
                  Bahagian C    Penggunaan  bahasa  Melayu  Baku  dalam  urusan  12-17            6
                                harian

                                                                                      JUMLAH      17


               SAMPEL KAJIAN

               Sampel dalam penyelidikan ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan.

               Dalam memilh sampel kajian bagi penyelidikan ini, penyelidik telah memilih tiga kumpulan
               yang terdiri dari kumpulan pentadbiran, pengurusan dan profesional dan pelaksana sebagai
               sampel  kajian.  Ini  bagi  memastikan  sampel  kajian  yang  dipilih  oleh  penyelidik  dapat

               memberikan maklumat-maklumat yang penting serta berguna sebagai dapatan kajian bagi
               penyelidikan ini.


               INSTRUMEN KAJIAN

               Menurut Noraini Idris (2010), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Data merujuk

               kepada maklumat yang diperolehi penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian. Contoh
               data  ialah  maklumat  demografi  seperti  umur,  jantina  dan  kumpulan  pengurusan  dan
               pentadbiran di sekolah; skor bagi ujian yang dibina oleh penyelidik; respon kepada soalan

               penyelidik, sama ada melalui temu bual atau jawapan bertulis dalam boring soal selidik. Alat
               seperti borang soal selidik atau skala perkadaran yang digunakan untuk mengumpul data pula
               dinamakan sebagai instrument.

                   Dalam  melaksana  dan  menjalankan  kajian  menggunakan  instrument  ini,  penyelidik
               menggunakan beberapa kaedah sebagai instrument kajian. Antaranya ialah;



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                598
   614   615   616   617   618   619   620   621   622   623   624