Page 614 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 614
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
7 Dalam tempoh PKP saya menjaga
4 8.33 44 91.67
waktu tidur dengan baik
8 Dalam tempoh PKP, saya dapat
14 29.17 34 70.83
berehat secukupnya
9 Dalam tempoh PKP saya lakukan
39 81.25 9 18.75
senaman/terapi yang digemari
10 Dalam tempoh PKP saya masih
dapat melakukan pelbagai aktiviti 16 33.33 23 47.9 9 18.75
sukarelawan
Dapatan kajian bagi Domain Sokongan Sosial ialah (min=2.63, sp=0.59). Terdapat 10 item
dalam domain Sokongan Sosial seperti dalam Jadual 3 dan item yang menunjukkan
persetujuan paling tinggi dengan bilangan seramai 48 orang (100%) Pemimpin PPPM Caw.
IPG KPM ialah item berkaitan dengan “Dalam tempoh PKP, saya menerima sokongan sosial
daripada keluarga, jiran, rakan sekerja dan Pengurusan IPGK, dalam tempoh PKP saya
berpeluang mengeratkan hubungan sesama ahli PPPM Caw. IPG KPM, dalam tempoh PKP
keselamatan saya dan keluarga terjaga dan Dalam tempoh PKP saya menambah ilmu
memahami Norma Baharu untuk aktiviti Pandu Puteri”. Manakala item yang menunjukkan
persetujuan paling rendah ialah bagi item berkaitan “Dalam tempoh PKP saya menjaga waktu
tidur dengan baik” dengan bilangan setuju seramai 4 orang (8.33%) Pemimpin PPPM Caw.
IPG KPM sahaja.
PERBINCANGAN
Daripada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM masih
dapat menjalankan tugas dan tanggjungjawab sebagai Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM di
IPGK tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap PPPM. Bagi Domain Kesihatan Mental
jelas menunjukkan bahawa para Pemimpin PPPM boleh menguruskan mental mereka
dengan baik dan kekal positif. Manakala bagi Domain Sokongan Sosial juga menunjukkan
situasi yang sama iaitu pemimpin PPPM masih memperoleh sokongan sosial yang baik dan
positif dari persekitaran hidup mereka.
KESIMPULAN
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, para Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM masih
bersemangat dan kekal positif dalam meneruskan tugas PdP dan aktiviti Pandu Puteri dalam
apa jua keadaan sekali pun. Ini kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia
terpaksa dihadapi dan diharungi oleh seluruh masyarakat Malaysia dengan penuh kesabaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 593

