Page 616 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 616
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
IMPLIKASI PENGGUNAAN LOGHAT NEGERI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Muhamad Na’im Muhamad Nazori
1
1 Universiti Sultan Zainal Abidin
naimnazori95@gmail.com
ABSTRAK
Penggunaan Loghat Negeri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi sinonim
dalam bidang pendidikan zaman sekarang. Guru dan pelajar lebih suka menggunakan loghat
negeri berbanding menggunakan Bahasa Melayu Baku sebagai pengantar utama dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk
mempastikan penggunaan Bahasa Melayu Baku secara meluas dalam sesi PdP, tetapi masih
terdapat pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya termasuklah guru.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji implikasi dan faktor penggunaan loghat negeri dalam
PdP. Kajian yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini telah menggunakan soal selidik dan
temu bual sebagai instrument kajian. Responden terdiri daripada 30 orang kakitangan
sekolah. Temu bual berstruktur melibatkan sepuluh orang informan yang terdiri daripada tiga
kategori iaitu, pengurusan dan professional serta pelaksana. Analisis data dilakukan secara
deskriptif dipaparkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Temu bual berstruktur dianalisis
menggunakan kaedah verbatim. Hasil kajian mendapati 80% responden menyokong
penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam PdP. Manakala 85% responden bersetuju
penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam program sekolah. Daripada aspek penggunaan
Bahasa Melayu Baku dalam urusan rasmi di sekolah, kajian mendapati 95% penggunaan
Bahasa Melayu Baku adalah urusan surat menyurat. Manakala 70% tidak menggunakan
Bahasa Melayu Baku adalah dalam komunikasi lisan dengan pelajar sewaktu PdP. Hasil temu
bual juga mendapati warga sekolah menyokong penuh cadangan penyediaan Garis Panduan
Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam PdP di Sekolah. Implikasi hasil kajian mendapati
garis panduan penggunaan bahasa melayu baku dalam PdP di sekolah adalah satu keperluan
sebagai satu mekanisme untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu Baku.
Kata kunci: penggunaan loghat, Bahasa Melayu baku, PdP, implikasi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 595

