Page 620 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 620

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   a)  Temu bual
                       Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang

                       boleh dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik
                       dapat memperolehi informasi dan maklumat terus daripada responden kajian.


                       Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab oleh responden
                       kajian  semasa  sesi  temu  bual  ini.  Selain  daripada  itu,  maklumat-maklumat  yang

                       diinginkan  oleh  penyelidik  dapat  diperolehi  melalui  soalan-soalan  yang  disediakan
                       oleh penyelidik dalam sesi temu bual ini. Seterusnya, maklumat-maklumat ini dijadikan
                       data untuk dimasukkan ke dalam kajian ini oleh penyelidik.


                   b)  Soal selidik

                       Dalam mendapatkan data kajian, selain daripada kaedah temu bual, penyelidik juga
                       menggunakan  kaedah  soal  selidik  bagi  tujuan  ini.  Dalam  kaedah  ini,  penyelidik
                       menyediakan beberapa soalan yang diajukan kepada warga pendidik dan pentadbiran

                       sekolah  untuk  dijawab  oleh  mereka.  Borang  soal  selidik  yang  diagihkan  terdiri
                       daripada tiga bahagian iaitu;


                       Bahagian A : Maklumat responden
                       Bahagian B : Implikasi penggunaan loghat negeri dalam PdP
                       Bahagian C : Penggunaan Bahasa Melayu baku dalam urusan harian


                       Kesemua soalan-soalan ini dibina dalam bentuk skala likert. Untuk jawapan soalan

                       berbentuk  skala  ini,  penyelidik  telah  menyediakan  soalan-soalan  yang  berkaitan
                       dengan kajian ini, yang mana jawapan yang diberikan oleh responden, hendaklah diisi
                       dalam bentuk skala. Skala ini terdiri daripada angka 1 sehingga 5 yang mana angka 1

                       adalah sangat tidak setuju dan angka 5 sangat setuju.

               ANALISIS DATA


               Soal selidik akan dianalisis secara statistic menggunakan Statistical Package for the Social
               Science  (SPSS)  versi  18.0.  dengan  menggunakkan  prosedur  statistic  frekuensi  dan

               peratusan,  kerana  menurut  Chua  (2010)  bagi  menganalisis  perbezaan  antara  kumpulan
               responden,  boleh  menggunakan  ujian  bukan  parameter  seperti  analisis  deskriptif  boleh
               menggunakan frekuensi dan peratusan kerana nilai skala likert adalah skala ordinal.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                599
   615   616   617   618   619   620   621   622   623   624   625