Page 677 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 677
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kata inti - pokok
pokok durian
anak pokok durian
anak pokok durian kampung
Jenis-jenis frasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama (Nik Safiah et.al., 2015). Secara umumnya frasa-frasa ini mengisi
konstituen subjek dan predikat dalam pembentukan ayat. Kata inti dalam sesuatu frasa dapat
diperluas sebelum atau selepas kata inti. Suatu frasa tidak mengandungi subjek dan predikat
seperti ayat kerana binaannya terdiri daripada unsur inti dan penerang sahaja. Frasa juga
boleh disisipkan unsur lain di antaranya seperti kata hubung dan kata sendi nama dan tidak
akan mengubah makna asal frasa. Contoh:
pelajar kampung dan pelajar dari kampung
majalah fesyen dan majalah tentang fesyen
Akhir sekali, kesatuan sesuatu frasa tidak boleh dipisahkan. Sekiranya frasa hendak
dipindahkan kedudukannya, seluruh frasa itu harus dipindahkan bersama-sama sebagai satu
kesatuan. Contoh:
Ayat : Adik Intan sedang tidur di dalam buaian itu.
Frasa asal – adik Intan/sedang tidur/di dalam buaian itu
Konstituen frasa (a) sedang tidur / adik Intan/ di dalam buaian itu
Konstituen frasa (b) di dalam buaian itu / adik Intan / sedang tidur
Konstituen frasa (c) di dalam buaian itu / sedang tidur / adik Intan
Konstituen frasa (d) sedang Intan / anak buaian / di dalam tidur itu
#(tidak gramatis)
Binaan frasa boleh dijeniskan kepada frasa endosentrik dan frasa eksosentrik berdasarkan
penyebarannya dalam ayat (Abdul Chaer, 2015). Frasa endosentrik ialah frasa yang
mengandungi unsur inti yang menjadi unsur yang paling penting, diberikan penumpuan
makna, dan boleh mewakili keseluruhan frasa itu. Frasa ini terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, dan frasa adjektif (Nik Safiah et.al., 2015). Inti frasa nama terdiri daripada kata nama,
inti frasa kerja merupakan kata kerja, dan inti frasa adjektif ialah kata adjektif. Inti sesuatu
frasa tidak boleh digugurkan. Berikut adalah contoh-contoh inti bagi suatu frasa:
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 656

