Page 672 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 672
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penyampaian makna linguistik sahaja, ia tidak memadai untuk mendapatkan makna implisit.
Ujaran seterusnya pula menyusul, iaitu “pahit pengalaman tetapi memanis hari ini”. dengan
adanya ujaran ini memberi makna yang lebih jauh. Pahit itu adalah rasa dan diberikan pula
padanan dengan pengalaman telah mengimplimentasikan kepahitan itu pada pengalaman.
Kajian ini mendapati bahawa maklumat yang diberikan penyair ini dijelaskan dengan
ujaran baharu, iaitu “pahit pengalaman tetapi memanis hari ini” yang membentuk inferens dan
andaian seperti di atas. Dalam hal ini, berlakulah penggabungan maklumat yang dibuat secara
pembetulan. Secara pembetulan pula dijelaskan oleh Hasmidar (2010). Oleh yang demikian,
apabila berlakunya penggabungan boleh menghasilkan kesan konteks dan dengan itu
kerelevanan ungkapan itu sangat kuat.
Maksud implisit yang disampaikan oleh penyair Nawawee Mohamad dengan baitnya
“pahit pengalaman tetapi memanis hari ini” sebenarnya bukan pahit pengalaman itu. Maksud
sebenar yang ingin disampaikan penyair ini bahawa pengalaman itu sangat manis untuk masa
seterusnya, dan pahit pada masa sebelumnya. Hal ini dijelaskan oleh Hasmidar (2010:167)
bahawa ia menghubungkan dua klausa. Pada klausa pertama, penyair ini membuat
pernyataan yang pangalaman yang dilaluinya pahit, kemudian beliau sekali lagi membetulkan
yang pengalaman itu adalah manis. Dengan pembetulan yang dijelaskan oleh penyair tadi,
iaitu “pahit pengalaman tetapi memanis hari ini” sebab kata orang, pengalaman itu guru yang
hebat. Oleh itu, penyair Nawawee Mohammad menguatkan kata itu. Dengan demikian, ujaran
itu memberi kos memproses yang mudah kepada pendengar.
KESIMPULAN
Keseluruhannya, pengaplikasian TR dalam BF telah memudahkan pemahaman makna
implisit dalam bait-bait sajak. Penggunaan TR dapat menghuraikan BF seperti perlambangan,
personafikasi, dan perbandingan dengan baik, menyeluruh dan deskriptif. Oleh yang
demikian, tiga pengalaman yang diceritakan oleh penyair Nawawee Mohammad dalam
Sajaknya Cerita Dalam Sajak ini mudah difahami oleh pendengar. Keadaan demikian juga
selaras dengan kajian Mary Fatimah (2012 dan 2015) dengan sajak-sajak Usman Awang itu.
Yang dirasai oleh penyair Nawawee Mohammad itu benar, iaitu tentang 3 pengalamannya.
Pengalaman-pengalamannya ialah meniti batas pengalaman masa kanak, sesekali peristiwa
berpakat kumpulkan, dan lebih daripada kokurikulum sepadu hidup berkampung dapat
dihuraikan dengan jelas makna implisit dengan menggunakan TR. Kemudian, ditambahkan
pula dengan maklumat-maklumat baharu, ujaran seterusnya dapat membangkit kesan dan
kesan konteks. Hasil kod, inferens dan andaian digunakan sepenuhnya untuk melunaskan
rasa emosi atau emotif pendengar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 651

