Page 676 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 676

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Ketapang  ,  manakala  Taman  Tamadun  Islam,  Kampung  Cina  (Kuala  Terengganu
               Chinatown), Pasar Payang, Istana Maziah, Muzium Negeri  Terengganu, Pantai Batu Buruk,

               Pulau Duyung, Masjid Kristal, Bazaar Warisan, Payang Walk, Bukit Puteri, Kuala Terengganu
               Waterfront, Pulau Warisan, Terengganu Drawbridge dan Kompleks Kraf Noor Arfa pula pusat
               komersial dan pusat warisan negeri. Bandar Kuala Terengganu sendiri juga telah membuka

               mata dunia apabila pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa telah
               dilangsungkan. seperti Piala Monsun Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride, Kenyir Lake

               Challenges, dan FEI World Endurance Championship.
                       Kemegahan dan keindahan negeri Terengganu sebagai negeri pesisir air tidak akan
               mampu  membuka  mata  dunia  tanpa  komunikasi  yang  tepat  dan  jelas.    Kerajaan  negeri

               Terengganu  telah  melaksanakan  pelbagai  inisiatif  untuk  mempromosikan  Terengganu
               sebagai pusat pelancongan, antaranya menerusi komunikasi bertulis dalam bahasa Melayu

               sebagai bahasa kebangsaan di alam maya, selaras dengan fungsi bahasa yang digunakan
               oleh  manusia  di  dunia  untuk  berinteraksi  dan  berkomunikasi.  Kamus  Dewan  Edisi  ketiga
               (1996) mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat

               perhubungan  dalam  lingkungan  kelompok  manusia.  Manakala  Abdullah  Hasan  (1984)
               mendefinisikan bahasa dengan merujuk kepada ciri-cirinya, kegunaan dan sifatnya sebagai
               alat perhubungan. Asbab ini, setiap negara memiliki bahasa yang berbeza dengan kefungsian

               yang berbeza, sebagai contoh Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa Mandarin dan Bahasa
               Inggeris yang menjadi identiti bangsa  sesebuah negara.


                       Sesungguhnya  Bahasa  Melayu  Kuno  telah  dikesan  sejak  abad  ke-4  masihi  lagi
               berdasarkan penemuan Batu Bersurat Champa (Abdullah, 2021). Malahan Bahasa Melayu
               telah menjadi lingua franca semenjak zaman Empayar Srivijaya dan digunakan oleh lebih 200

               juta penduduk rantau ini sebagai bahasa perantaraan dalam perniagaan, perundingan dan
               perjanjian  oleh  pedagang-pedagang  Arab,  Cina  dan  India  yang  datang  berdagang  di
               Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13 (Mohd Farid, 2019).



               SOROTAN LITERATUR

               Frasa  ialah  unit  atau  korpus  bahasa  yang  terletak  di  tingkat  yang  lebih  tinggi  daripada

               perkataan tetapi di bawah klausa dalam tingkat atau susunan tatabahasa (Nik Safiah et.al.,
               2015). Frasa mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Walaupun begitu, frasa boleh

               juga  terdiri  daripada  satu  perkataan  yang  berpotensi  diperluas  menjadi  unit  yang
               mengandungi dua perkataan atau lebih.  Contoh frasa yang diperluas seperti berikut:






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                655
   671   672   673   674   675   676   677   678   679   680   681