Page 680 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 680

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               frasa endosentrik yang luas dan struktur frasa yang selaras dalam kalangan pengkaji yang
               diteliti.


               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian ini adalah satu kajian kualitatif deskriptif. Pengkaji telah memilih tiga carian data (frasa
               endosentrik) dengan menggunakan carian di Google Search. Tiga frasa kata kunci telah dipilih
               iaitu frasa pulau menarik di Terengganu, frasa makanan tradisional Terengganu dan frasa

               busana  tradisional  Terengganu  sebagai  carian  sampel  daripada  populasi  besar  di  laman
               maya. Setelah carian di Google Search dibuat, hanya topik-topik daripada carian tersebut
               dipilih  untuk  dianalisis  dan  dipaparkan  secara  deskriptif  dengan  fokus  penelitian  hanya

               kepada aspek frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Walau bagaimanapun penulisan ini
               hanya membincangkan frasa endosentrik. Pemilihan tajuk carian dibuat berdasarkan tema
               pengajaran semasa pengkaji. Teknik ini selaras dengan Mahsun (2011) yang menggunakan

               teknik semak, garis dan catat pada penggunaan bahasa secara bertulis beberapa bentuk
               frasa yang relevan bagi tujuan penelitian dari penggunaan bahasa secara bertulis. Rahayu

               (2019) juga menyatakan bahawa teknik delesi dapat diterapkan dalam penyebaran elemen-
               elemen frasa endosentrik dan frasa eksosentrik terhadap kedudukan sesuatu ayat yang akan
               membentuk suatu wacana. Teknik penggantian juga akan digunakan untuk meneliti elemen

               unsur frasa dalam ayat yang memiliki konstituen yang sama.
                       Pengkaji  menggunakan  gabungan  teknik-teknik  ini  dengan  pengubahsuaian  dalam

               pelaksana kajian,  selaras dengan kehendak kurikulum bahasa di Malaysia.

               DAPATAN KAJIAN


               Frasa ialah binaan yang dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
               perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat ( Nik Safiah, Farid,
               Hashim  dan  Abdul  Hamid,  2015).  Frasa  sebagai  unit  yang  terkecil  dalam  sintaksis  dapat

               menggambarkan  jenis-jenis  konstituen  sintaksis  (Abdullah  Hassan,  1982).    Dalam
               pemerhatian ini, pengkaji memberi fokus kepada struktur konstituen dalam ayat pada tahap

               frasa untuk mengenal pasti frasa endosentrik atau frasa eksosentrik.
                       Penelitian kali ini menggunakan populasi tiga frasa carian daripada  Google Search,
               menggunakan tiga frasa kata kunci yang telah dipilih iaitu frasa pulau menarik di Terengganu,

               frasa makanan tradisional Terengganu dan frasa busana tradisional Terengganu. Tema ini
               telah dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel dalam penganalisisan frasa dan
               seterusnya pengkaji hanya memilih topik-topik dalam blog tersebut sebagai sampel analisis

               frasa.  Dengan menggunakan batasan kajian ini, pengkaji telah merekodkan 11 frasa topik
               dalam carian pulau menarik Terengganu, 20 frasa topik dalam carian makanan tradisional


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                659
   675   676   677   678   679   680   681   682   683   684   685