Page 679 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 679
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
endosentrik koordinatif serta frasa eksosentrik (7 struktur). Kesemua frasa dalam wacana
yang diteliti dan dikelaskan sebagai frasa endosentrik dan eksosetrik dengan binaan struktur
yang khusus bagi setiap golongan frasa. Penyebaran kata dalam frasa bersesuaian dengan
format rencana dalam akhbar.
Begitu juga kajian oleh Latifah Ayu Widyaningsih (2021), mendapati frasa endosentrik
dan frasa eksosentrik serta strukturnya pada rencana ‘Pemerdayaan Organisasi Masyarakat
Sipil’ dalam surat khabar Solopos, mendapati 3 frasa atributif, 3 frasa koordinatif dan 2 frasa
apositif daripada 8 frasa endosentrik dengan struktur frasa yang sama ditemui dalam rencana
yang dikaji oleh pengkaji sebelum ini.
Kajian tentang struktur frasa, struktur klausa dan struktur ayat dalam peribahasa
bahasa Sumbawa juga telah dilakukan untuk penjelasan tentang frasa endosentrik. Analisis
data kajian dalam aspek frasa menunjukkan kehadiran frasa endosentrik atributif dan frasa
endosentrik koordinatif, tetapi tidak hadir frasa endosentrik apositif dalam peribahasa bahasa
Sumbawa yang dikaji (Candra Samtawijaya, 2018). Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan frasa dengan struktur yang juga selaras dengan pengkaji terdahulu.
Norhayati (2019) pula telah membuat kajian tentang kehadiran frasa endosentrik
dalam penulisan cerpen Persembahan Tahun Baharu oleh Luxun (2017) dalam aspek
penterjemahan teks daripada bahasa sumber (Bahasa Mandarin) ke dalam bahasa sasaran
(Bahasa Indonesia). Analisis data menunjukkan kewujudan struktur nominal dalam frasa
endosentrik koordinatif dan frasa endosentrik atributif dipertimbangkan dengan ketat
peraturan setiap jenis frasa yang diterjermah.
Pada tahun 2016, I Gusti Putu Sutarma telah membuat kajian tentang bentuk linguistik
terapan bangsa Indonesia dalam media sosial WhatsApp dalam aspek kata, frasa dan ayat.
Analisis data WhatsApp dalam aspek frasa menunjukkan hadir frasa endosentrik koordinatif
dan frasa endosentrik atributif sahaja digunakan secara meluas dalam penulisan teks
perbualan harian. Jelas frasa endosentrik apositif tidak digunakan sebab teks WhatsApp
biasa diringkaskan dan berkomunikasi secara langsung.
Sri Rahayu (2019) pula membuat penilitian penggunaan frasa endosentrik apositif
dalam karangan siswa SMP Negeri Mare, Indonesia. Pengkaji mendapati bahawa
penggunaan frasa endosentrik apositif dikesan pada posisi subjek, predikat dan objek. Contoh
frasa endosentrik apositif subjek dalam ayat seperti nama orang yang menerangkan jabatan
atau kedudukannya. Apositif predikat dan objek dalam ayat menerangkan tempat dan isi dari
peraturan yang berlaku. Frasa endosentrik apositif juga mempunyai rujukan yang sama dan
saling menggantikan.
Sebagai rumusan didapati frasa endosentrik yang digunakan dalam penulisan formal
berformat, peribahasa dan penulisan tidak formal (WhassApp) menunjukkan penyebaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 658

