Page 675 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 675

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK: PEMERHATIAN FRASA ENDOSENTRIK DAN
                   FRASA EKSOSENTRIK DALAM WACANA BLOG KEBUDAYAAN TERENGGANU.

                                                                              1
                                           Hjh. Suriany binti Mat Noor, (Edd)

                                  1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali  Ismail
                                                  suriany@ipgm.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Kajian ini adalah satu analisis frasa dalam wacana dengan mengaplikasi teknik kajian secara

               bacaan mendalam (close reading) terhadap produk pelancongan di negeri Terengganu Darul
               Iman.  Pengkaji  ingin  memperkenalkan  negeri  Terengganu  dalam  aspek  kebudayaan  dan
               pelancongan sebagai tema bahan pembelajaran aspek sintaksis bahasa Melayu iaitu jenis-

               jenis  frasa  dengan  menggunakan  bahan-bahan  dalam  talian  sesuai  dengan  mod
               pembelajaran masa kini.  Kajian ini adalah penelitian deskriptif kualitatif dengan fokus kajian

               terhadap frasa endosentrik dan frasa eksosentrik dalam wacana blog sampel kajian dengan
               menggunakan teknik analisis deskriptif kualitatif.  Pengkaji telah meneliti frasa endosentrik
               berdasarkan fakta yang ada dalam blog tersebut, seterusnya mendeskripsi dan menganalisis

               data  secara  kualitatif.    Blog  ini  digunakan  sebagai  pangkalan  data  untuk  menganalisis
               kewujudan frasa kajian dalam tempoh sebulan. Oleh kerana liputan wacana amat luas, maka
               dalam penulisan ini pengkaji hanya berkongsi analisis aspek  frasa endosentrik dalam frasa

               nama sahaja.  Analisis frasa endosentrik dihasilkan berdasarkan kategori frasa endosentrik
               apositif,  frasa  endosentrik  atributif  dan  frasa  endosentrik  koordinatif  (Abdul  Chaer,  2015).
               Analisis data kajian mendapati wujud pelbagai bentuk frasa endosentrik dan frasa eksosentrik

               dalam teks yang digunakan. Contoh frasa endosentrik yang dikenal pasti adalah penamaan
               tempat  pelancongan,  makanan  tradisional,  permainan  tradisional  dan  busana  tradisional

               negeri  Terengganu.  Kesimpulannya  pembelajaran  frasa  endosentrik  dalam  produk
               pelancongan  negeri  Terengganu  dapat  menerangkan  dengan  jelas  penggunaan  frasa
               endosentrik dalam pelbagai aspek kelahiran frasa.


               Kata kunci: frasa endosentrik, frasa eksosentrik, kebudayaan, negeri Terengganu


               PENGENALAN

               Frasa “Negeri Cantik Budaya Menarik” merupakan gambaran kepada sebuah negeri yang

               terletak di pantai timur Malaysia iaitu negeri Terengganu Darul Iman yang mempunyai daya
               tarikan ekopelancongan kepada pelancong dalam atau luar negara.  Antara pantai dan pulau
               yang  popular  seperti  Pulau  Bidong,  Pulau  Duyung,  Pantai  Batu  Burok,  Pantai  Teluk


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                654
   670   671   672   673   674   675   676   677   678   679   680