Page 684 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 684
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGHASILAN PROJEK DAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN PERMAINAN DUET
REKODER SOPRANO LAGU RASA SAYANG MENGGUNAKAN KAEDAH TEKNIK
‘SCREKO’ SECARA LUAR TALIAN
1
Joshua Raj Pitchemuthu
1 Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Hulu Kelang
g-19317837@moe-dl.edu.my
ABSTRAK
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk penutupan sekolah semula dan melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPDR) berkuatkuasa 1 Mei 2021. Semua guru
wajib dilaksanakan di rumah dengan boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian
dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. Pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan
secara latihan, luar talian atau off-site. Lantaran itu, kajian ini bertujuan penghasilan projek
dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder Soprano dan menjelaskan cara guru
menggunakan kaedah teknik ‘SCREKO’ secara luar talian. Kajian ini berbentuk kajian
tindakan dan data dikumpulkan melalui pemerhatian video, rekod anekdot, dan senarai semak
dan telah dikukuhkan melalui triangulasi. Kajian tindakan ini melibatkan murid-murid tahun 4.
Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik ‘SCREKO’ secara luar talian dapat membantu
murid-murid untuk menghasilkan projek dan memantapkan kemahiran permainan duet
rekoder bagi lagu Rasa Sayang dengan baik. Hasil teknik ‘SCREKO’ secara luar talian juga
dapat mempengaruhi ibu bapa untuk membantu murid-murid menghasilkan projek duet
rekoder bagi lagu Rasa Sayang secara ensembel. Keseluruhannya, dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa teknik ‘SCREKO’ secara luar talian dalam penghasilan projek dapat
memberi kesan yang positif.
Kata kunci: Kajian tindakan, penghasilan projek, permainan duet rekoder soprano, teknik
‘SCREKO’
PENGENALAN
Teknologi maklumat muncul pada sekitar tahun 1970-an dan telah mengalami perkembangan
apabila komputer komersial diperkenalkan pada tahun 1980- an. Sejak itu, perkembangan
teknologi maklumat semakin bertambah pesat dan dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) pada alaf baharu abad ke-21. TMK muncul sebagai salah satu medium
penting untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat khususnya dalam bidang pendidikan
kerana peranan dan kebaikan yang dapat diperoleh hasil daripada penggunaan teknologi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 663

