Page 696 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 696

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               cara memainkan rekoder dengan menguasai kemahiran permainan rekoder seperti penjarian,
               melodi frasa literasi muzik dengan betul hingga menghasilkan duet rekoder lagu Rasa Sayang

               dengan baik.

               REFLEKSI


               Kajian tindakan ini menunjukkan bahawa teknik ‘SCREKO’ secara luar talian bagi penghasilan
               projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang

               membantu  dan  berjaya  dalam  kalangan  murid  tahun  empat.  Murid-murid  juga  dapat
               menghantar  penghasilan  projek  dengan  permainan  duet  rekoder  Soprano  seperti  postur,
               penjarian, melodi, frasa, dan literasi bacaan berdasarkan skor lagu dengan betul. Pada masa

               yang sama ibu bapa juga terlibat dalam permainan duet rekoder yang memainkan melodi tidak
               terkeliru  dengan  melodi  2  yang  dimainkan  oleh  murid  dan  sebaliknya  semasa  dimainkan
               secara serentak.

                       Justeru itu, teknik ‘SCREKO’ secara luar talian dalam amalan proses pembelajaran
               dan pengajaran di rumah menunjukkan bahawa berjaya dalam membantu murid-murid dalam

               untuk  penghasilan  projek  dan  memantapkan  kemahiran  permainan  duet  rekoder  Soprano
               serta mencapai objektif. Secara rumusannya, teknik ‘SCREKO’ secara luar talian adalah salah
               satu pendekatan yang boleh membantu murid-murid tajun empat dalam penghasilan projek

               dan memantapkan kemahiran permainan duet rekoder Soprano lagu Rasa Sayang dengan
               baik.


               CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

               Berdasarkan  dapatan  kajian  tindakan  ini,  beberapa  cadangan  dikemukakan.  Pertama

               dicadangkan  untuk  menjadikan  ‘minus  one’  dan  ‘intro’  supaya  memudahkan  murid-murid
               mengesan  tempat  permulaan  lagunya.  Selain  itu,  dicadangkan  memasukkan  petanda  bar
               supaya  bar-bar  yang  dimainkan  dapat  dikesan dengan  mudah. Teknik  ‘SCREKO’  ini  juga

               dicadangkan untuk digunakan dalam kalangan murid tahun yang berlainan untuk mempelajari
               kemahiran  permainan  rekoder  dan  lagu  seperti  “Nenek  Si  Bongkok  Tiga”.  Cadangan

               seterusnya  ialah  menggunakan  kaedah  soal  selidik  untuk  mengumpul  data  bagi
               mengukuhkan  lagi  kesahan  kajian.  ‘SCREKO’  merupakan  satu  perisian  Scratch  dan  ini
               merupakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) boleh diaplikasikan oleh guru-guru Muzik

               dalam mengajar kemahiran alat muzik melodeon dan mata-mata pelajaran yang lain.

               RUJUKAN


               A.M dan J.L. (2016). Teaching with scratch in compulsory secondary education: University of
                     Jaen, Spain.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                675
   691   692   693   694   695   696   697   698   699   700   701