Page 699 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 699
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
REKA BENTUK AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURIKULUM
KEPELBAGAIAN BUDAYA BERASASKAN CERITA RAKYAT MALAYSIA UNTUK
PENINGKATAN LITERASI AWAL BAHASA MELAYU
2
3
1
Aishah Abdul Malek , Mohd Nazri Abdul Rahman, PhD & Muhammad Asyraf Mansor
1,2 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
3 Pusat Kelestarian dan Komuniti Universiti Malaya (UMCares)
mohdnazri_ar@um.edu.my
ABSTRAK
Cerita Rakyat Digital pula merupakan salah satu bentuk menyampaikan mesej pengajaran
tentang sesuatu idea, konsep atau sejarah bagi membantu kefahaman kanak-kanak terhadap
sesuatu fakta menerusi platform digital dan teknologi. Malaysia mempunyai kepelbagaian
bahasa dan budaya yang menjadikan cabaran besar kepada guru untuk menyampaikan
maklumat serta fakta kepada kanak-kanak pelbagai bangsa khususnya yang baru memasuki
alam persekolahan dan tidak menguasai bahasa pengantara yang digunakan di dalam kelas.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita Rakyat Malaysia intuk meningkatkan
literasi awal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak berumur 2 sehingga 3 tahun dan 4
sehingga 6 tahun. Kutipan data dijalankan melalui kaedah NGT dan Fuzzy Delphi Metod.
Seramai 20 orang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak terlibat dalam
pembangunan dan penilaian reka bentuk ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa reka
bentuk ini sesuai digunakan sebagai satu bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
literasi awal Bahasa Melayu di peringkat prasekolah. Cadangan penambahbaikan kepada
aktiviti dalam kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat adalah dengan
memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mengekspresi diri melalui aktiviti
bercerita dan berlakon bagi meningkatkan kosa kata kanak-kanak. Selain itu, meneliti
kepelbagaian cerita rakyat Malaysia yangi diadaptasi sesuai dibangunkan sebagai salah satu
bentuk aktiviti literasi awal Bahasa Melayu.
Kata Kunci: literasi bahasa melayu, pendidikan awal kanak-kanak, kurikulum kepelbagaian
budaya.
PENGENALAN
Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang
kaum yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam, cara hidup, bahasa di antara satu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 678

