Page 701 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 701
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
2013-2025) menekankan aspek kepelbagaian budaya melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam memastikan setiap murid menjadi seorang rakyat Malaysia yang
beridentiti Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pedagogi responsif budaya menerusi cerita
rakyat untuk kemahiran literasi awal kanak-kanak di tabika. Justeru, kajian ini berfokus
kepada refleksi guru tabika terhadap pengalaman mereka setelah melaksanakan pedagogi
responsif budaya menerusi cerita rakyat di Tabika. Bagi mencapai tujuan kajian ini, soalan
kajian adalah :
“Apakah Reka Bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum kepelbagaian
budaya berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa
Melayu - Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik?”
Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan atau kriteria, iaitu lokasi dan individu dipilih
dengan sengaja untuk memahami fenomena utama kajian. Maka, Sampel kajian terdiri
daripada 6 orang panel pakar untuk ditemubual. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
adalah temu bual mendalam. Kaedah temu bual digunakan kerana pengkaji dapat meneroka
pengalaman sebenar bersifat individu dan peribadi yang telah dilalui oleh panel pakar dan
cuba memahami makna yang diberikan terhadap pengalaman tersebut (Shahrul Arba’iah
Othman et al., 2008). Hasil temu bual telah dibuat trankripsi secara verbatim dan seterusnya
membentuk soal selidik Fuzzy Delphi.
Pendekatan Fuzzy Delphi bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan di antara panel
pakar dan seterusnya menentukan reka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi
awal Bahasa Melayu. Pendekatan Fuzzy Delphi telah diperkenalkan oleh Kaufmann dan
Gupta (1988) merupakan pendekatan konsensus atau ‘inner-opinion consensus’ (thoughts,
intuitions and feelings) daripada sekumpulan pakar yang dipilih atau Delphi Pemilihan oleh
pakar. Seramai 20 orang pakar telah dipilih secara purposive untuk menjadi panel pakar
dalam kajian ini berdasarkan ketetapan pemilihan panel pakar Fuzzy Delphi antara 10-20
(Adler & Ziglio, 1996). Setiap pakar yang dipilih mempunyai pengalaman lebih daripada 10
tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dari Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Guru Mushi Dewan (Bahasa Melayu), guru prasekolah dan ibu bapa.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 680

