Page 700 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 700

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               sama  lain.  Elemen  kepelbagaian  budaya  menjadi  unsur  utama  bagi  membentuk  dan
               menyuburkan  kesedaran  perbezaan  kepebagaian  dalam  kalangan  kanak-kanak  tadika.

               Menurut Trumbull (2005) mentakrifkan budaya merupakan suatu sistem nilai, kepercayaan
               dan cara hidup dalam memacu komuniti bermasyarakat dalam kehidupan seharian mereka.
               Usaha pemupukan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan kanak-kanak tadika perlu

               dijalankan secara berterusan. Sekolah merupakan institusi terbaik bagi memberi pendedahan
               tentang kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar.

                       Guru merupakan  agen sosialisasi  kepada murid  dalam memnyuburkan  semanagat
               kekitaan,  mengenali  dan  saling  menhormati  perbezaan  budaya  dalam  setiap  murid.
               Perbezaan  kaum  dalam  kalangan  kanak-kanak  memberikan  cabaran  utama  dalam

               pengajaran  bahasa  khusunya  pengajaran  Bahasa  Melayu.  Pendedahan  tentang
               kepelbagaian  budaya  dalam  kalangan  kanak-kanak  dapat  memberikan  ruang  untuk

               mengenali  perbezaan  budaya  di  persekitaran  pembelajaran.  Ini  seterusnya  membantu
               mempertingkatkan  kemahiran  berbahasa  di  samping  mempelajari  pelbagai  aktiviti
               kebudayaan  dan  kemasyarakatan  serta  cara  hidup  pelbagai  budaya.  Aktiviti  berbahasa

               menerusi cerita rakyat dalam pengajaran bahasa Melayu dapat meningkatkan elemen nilai-
               nilai moral, kecindan dan peluasan kosa kata baharu. Gay (2002) menyatakan pendekatan
               pengajaran  menerusi  responsif  budaya  merentasi  ciri-ciri  budaya,  pengalaman,  perspektif

               kepelbagian etnik murid dalam proses pengajaran yang lebih santai, bermakna dan mudah
               difahami.
                       Bercerita merupakan aktiviti turun-temurun sebagai kaedah menyampaikan maklumat

               atau  hiburan  dari  satu  generasi  ke  generasi  yang  lain.  Aktiviti  bercerita  meberikan
               keseronokan kepada pendengar, malah maeningkatkan kemahiran berimaginasi, memupuk

               kemahiran bahasa dengan meningkatkan penggunaan bahasa yang bersesuain berdasarkan
               aktiviti bercerita yang dijalankan. Menurut Rebecca Isbell, Joseph Sobol, Liane Lindaeur &
               April Lowrance (2004) aktiviti bercerita di dalam kelas merupakan ruang yang baik dalam

               menanamkan unsur naratif, identiti dan penulisan di dalam kelas. Aktiviti bercerita membantu
               kanak-kanak meningkatkan daya tumpuan, berfokus, dan bermakna,

                       Kurikululum  kepelbagaian  budaya  adalah  satu  platform  yang  terbaik  di  dalam
               merapatkan  jurang  yang  ada  terhadap  perbezaan  kanak-kanak  ini.  Karanbenick,  S.  &
               Clemens  Noda  .P  (2004)  dan  Karabenick,  S.  &  Clemens  Noda,  P.  (2004)  menyatakan
               kepelbagaian  budaya  adalah  proses  untuk  menerima  dan  menghargai  perbezaan  yang

               terdapat  dalam  setiap  diri  manusia  dan  budayanya.  Peranan  komuniti  setempat  juga
               memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi pengukuhan nilai-nilai di alam

               persekolahan  (Zeicher  &  Payne,  2013).  Guru  perlu  mempelajari  nilai-nilai  diversiti  dalam
               kehidupan setempat supaya proses dan pengalaman aktiviti pembelajaran terhadap kanak-
               kanak dapat disampaikan secara efektif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                679
   695   696   697   698   699   700   701   702   703   704   705