Page 730 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 730

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355

               merupakan suatu akta untuk memberi dan menyeragamkan bidang kuasa kepada Mahkamah
               yang  ditubuhkan  di  bawah  mana-mana  undang-undang  Negeri  untuk  membicarakan

               kesalahan di bawah hukum syarak (Mohd Sabree 2018). Akta ini telah diluluskan di Parlimen
               pada  tahun  1965  berdasarkan  punca  kuasa  daripada  Butiran  1,  Senarai  Negeri,  Jadual
               Kesembilan.  Kuasa  yang  diperuntukkan  kepada  Mahkamah  Syariah  oleh  Perlembagaan

               Persekutuan  1965  adalah  hanya  boleh  membicara  dan  menghukum  ke  atas  orang  Islam
               sahaja dengan hukuman enam bulan penjara atau denda tidak melebihi RM1000.00 atau
               gabungan  kedua-duanya  (Wan  Mohd  Amjad  et.al.,  2018).  Kemudian  berlaku  beberapa

               pindaan  sehinggalah  pindaan  yang  terakhir  iaitu  pada  tahun  1984  yang  memberi  kuasa
               kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara, denda RM
               5,000 serta enam kali sebatan.

                       Pada  tahun  2016,  Ahli  Parlimen  Marang  iaitu  Datuk  Seri  Abdul  Hadi  Awang  telah
               membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian terhadap Akta 355

               di Dewan Rakyat. Pindaan RUU Akta 355 ini bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah
               dengan meningkatkan had maksimum hukuman kepada hukuman penjara tidak melebihi 30
               tahun, denda tidak melebihi RM 100,000 atau tidak melebihi 100 kali sebatan syarie (Mustaffa

               Jusoh, Mohd Musa dan Wan Abdul Fattah, 2018).
                       Pembentangan  pindaan  RUU  Akta  355  ini  telah  mendapat  pelbagai  pandangan

               daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada ahli politik, ahli akademik, agamawan dan
               sebagainya. Ahli perundangan juga tidak ketinggalan dalam membahaskan berkenaan RUU
               Akta  355  ini  yang  mana  mereka  juga  dianggap  sebagai  golongan  yang  pakar  terhadap

               perundangan  serta  memahami  dengan  lebih  mendalam  berkenaan  undang-undang  di
               Malaysia  termasuklah  RUU  Akta  355.  Oleh  itu,  perbezaan  agama  dan  kaum  juga  boleh
               menjadi  faktor  kepada  perbezaan  pendapat  berkenaan  RUU  Akta  355.  Hal  ini  kerana

               sebahagian masyarakat bukan Islam dilihat mempunyai sifat islamofobia seterusnya menolak
               RUU Akta 355 (Ahmad Suhael Adnan, 2017). Selain itu, parti-parti politik berasakan kaum
               bukan melayu dilihat lantang bersuara menentang pindaan RUU Akta 355 ini (Harakah Daily,

               2017).
                       Kajian ini bertujuan untuk membandingkan persepsi pelajar Fakulti Undang-Undang

               (FUU) di sebuah IPTA di Selangor terhadap RUU Akta 355. Penelitian terhadap persepsi
               pelajar  ini  diperhalusi  dengan  mengenalpasti  kewujudan  perbezaan  persepsi  para  pelajar
               terhadap  RUU  Akta  355  berdasarkan jantina,  agama  dan kaum.  Kajian  ini  akan memberi

               maklumat tambahan tentang bersetujuan pelaksaan Akta RUU 355 dalam kalangan pelajar
               khususnya yang sedang belajar dalam bidang undang-undang.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                709
   725   726   727   728   729   730   731   732   733   734   735