Page 729 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 729
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERBANDINGAN PANDANGAN PELAJAR FAKULTI UNDANG-UNDANG DI SALAH
SEBUAH IPTA TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG AKTA MAHKAMAH SYARIAH
(BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 (AKTA RUU 355)
1
2
Mohd Fakhruddin Mohd Zaharuddin , Muhammad Adib Samsudin, PhD
1, 2 Universiti Kebangsaan Malaysia
fakhruddinzaharuddin@gmail.com 1
ABSTRAK
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta Rang Undang-undang Akta
355 (RUU Akta 355) telah menjadi suatu isu nasional sejak ahli parlimen Marang membuat
usul persendirian yang pertama pada 7 April 2015 dan dibacakan tanpa bahas di parlimen
pada 24 November 2016 untuk memasukkan usul baharu iaitu Seksyen 2A Akta 355 agar
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman yang sesuai dengan
kehendak syariah Islam seperti kesalahan meminum arak, qazaf dan zina. Hal ini telah
mendapat perhatian pelbagai golongan msyarakat termasuk pelajar IPT sehingga
menimbulkan pelbagai persepsi dan kekeliruan terhadap RUU Akta 355. Justeru, kajian ini
bertujuan membandingkan persepsi pelajar Fakulti Undang-Undang (FUU) di sebuah IPTA di
Selangor terhadap RUU Akta 355. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sejauh
mana perbezaan persepsi pelajar FUU terhadap RUU Akta 355 berdasarkan jantina, agama
dan kaum. Sampel kajian terdiri daripada 35 orang pelajar FUU. Kajian ini dijalankan secara
tinjauan menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach
yang sangat tinggi iaitu 0.955. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) menerusi analisis Ujian-t dan Anova. Analisis data secara keseluruhan
menunjukkan skor min ialah 3.21 iaitu bersetuju terhadap RUU Akta 355. Dapatan
menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan persepsi pelajar berdasarkan penganut
agama ((p=0.00; t<0.05) dan kaum (p=0.00; t<0.05). Para pelajar FUU bukan beragama Islam
yang terdiri daripada kaum Cina dan India didapati tidak bersetuju terhadap RUU Akta 355
berbanding pelajar beragama Islam yang terdiri daripada kaum Melayu yang sangat setuju.
Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh politik terhadap pemikiran pelajar. Pemimpin politik
pembangkang yang terdiri daripada mejoriti kaum Cina dan India telah menentang usul RUU
Akta 355 yang dibentangkan di parlimen.
Kata Kunci: persepsi, akta mahkamah syariah, Rang Undang-undang, Akta 355.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 708

