Page 762 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 762

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENDAHULUAN

               Pengenalan

               Kebanyakkan murid menghadapi kesukaran belajar atau memahami isi pelajaran disebabkan
               beberapa halangan antaranya kehilangan semangat belajar, sekatan kognitif ke pembelajaran

               yang berkesan dan teknik pembelajaran yang lapuk. Pembelajaran masa kini pelajar dibanjiri
               penekanan  kepada  maklumat  berbanding  keperluan  individu.  Akibatnya,  ia  hampir
               ‘membebani’ pelajar terutama pelajar yang aras potensi dan sederhana.


                       Bagi  mengatasi  masalah  ini  murid  seharusnya  perlu  dibimbing  teknik  belajar  yang
               betul, cara baharu mengendali dan mempelajari maklumat.  Dalam pendidikan tradisional,

               maklumat diberi atau diajar. Mengenai bidang-bidang pengetahuan berlainan

                       Pembelajaran Berasaskan Kajian & Penyelidikan (RBL) diperkenalkan bagi membantu

               pelajar menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran sedalam-dalamnya bagi
               memberi kefahaman yang kukuh terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Melalui kaedah ini
               pelajar akan mengkaji, membaca, merujuk, membuat pencarian maklumat berdasarkan tajuk

               dan skop kajian. RBL Mengupayakan murid dengan memberi peluang kepada mereka benar-
               benar  ‘belajar’,  menguasai  disiplin  ilmu  dalam  proses  pendidikan  berdasarkan  acuan  dan
               keupayaan diri.


                       RBL  melibatkan  murid  secara  aktif  dalam  proses  pembelajaran  meningkatkan
               perhatian dan tumpuan mereka, mendorong mereka untuk mengamalkan kemahiran berfikir

               pada aras yang lebih tinggi, berfikir secara kritis dan memberikan pengalaman pembelajaran
               yang bermakna.



               Latar belakang masalah


               Murid  mempunyai  tahap  motivasi  yang  berbeza,  berbeza  sikap  terhadap  pengajaran  dan
               pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan

               pengajaran. Murid belajar dalam berbagai cara – dengan melihat dan mendengar, merefleksi
               dan  melakukan,  berfikir  secara  logik  dan  intuitif,  dan  menghafal,  mengingat  dan
               menggambarkan. Ini bermakna tahap kefahaman dan penerimaan mereka juga berbeza.


                       Pembelajaran  tidak  hanya  berkaitan  dengan  penambahan  pengetahuan  dan
               mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan

               memahami  maklumat  pengetahuan  dan  seterusnya  dapat  mengaplikasinya  ke  dalam
               kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan
               pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                741
   757   758   759   760   761   762   763   764   765   766   767