Page 759 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 759
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
IMPLIKASI
Hasil daripada kajian ini beberapa implikasi juga terhasil bagi menambahbaik serta
meningkatkan penguasaan dan pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim siswa guru Pendidikan
Islam bagi memantapkan persediaan siswa guru untuk mengajar bidang al-Quran di sekolah
pada masa akan datang.
Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung akan memberikan maklumat dan idea
kepada pihak JAPIM dalam memberi latihan dan menyediakan tugasan kerja kursus bagi
kursus Pengajian Tarannum dan Qiraat dan kursus Tilawah dan Tahsin al-Quran. Selain itu,
kajian ini juga dapat memberi pendedahan kepada JAPIM tentang keberkesanan kursus yang
telah dilaksanakan kepada siswa guru dan implikasi yang dapat diberikan kepada siswa guru
Pendidikan Islam. Pendedahan ini diharapkan dapat membantu pihak JAPIM dalam
mengambil langkah yang proaktif dalam membina siswa guru yang kompeten dan sentiasa
bersedia bagi meningkatkan mutu siswa keluaran IPGM selari denfan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Seterusnya, hasil daripada kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada siswa
guru akan kepentingan untuk mempelajari tentang qiraat Hafs an ‘Asim dengan lebih
mendalam. Oleh itu, siswa guru Pendidikan Islam dapat untuk memilih kursus Tilawah dan
Tahsin al-Quran pada semester 5 dan ke atas untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka
mengenai bacaan al-Quran yang tepat. Hal ini adalah kerana melalui kursus Pengajian
Tarannum dan Qiraat sahaja tidak mencukupi untuk siswa guru untuk memantapkan ilmu
berkaitan dengan bacaan al-Quran kerana kursus tersebut tidak begitu memfokuskan kepada
qiraat Hafs an ‘Asim tetapi mengambil bacaan daripada imam-imam qiraat yang lain.
Akhir sekali, kajian ini juga dapat memberi pendedahan serta dapat menambah baik
kursus yang telah disediakan kepada siswa guru Pendidikan Islam di IPG seluruh Malaysia
mengenai kursus yang berkaitan dengan bidang al-Quran. Melalui kajian ini, pihak IPGM
dapat melihat kepentingan kursus Tilawah dan Tahsin al-Quran untuk setiap siswa guru
Pendidikan Islam dan menjadikan kursus ini sebagai kursus teras dalam kurikulum siswa guru
Pendidikan Islam di IPGM.
RUJUKAN
Abd al-Fattah al-Qadi. 2003. Al-Wafi fi Sharh al-SHatibiyyah. al-Qaherah: Dar al-Salam.
Azizi Yahaya. 2006. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis &
interprestasi. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 738

