Page 757 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 757

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               untuk mengaplikasikan qiraat Hafs an ‘Asim dalam bacaan mereka. Perbezaan antara setiap
               hukum  yang  dijelaskan  oleh  responden  menunjukkan  mereka  dapat  membezakan  setiap

               hukum tersebut. Dari segi penggunaan istilah untuk setiap hukum yang telah di senaraikan
               oleh  pengkaji  menunjukkan  terdapat  responden  yang  masih  keliru  tentang  istilah  yang
               digunakan  bagi  hukum  tersebut  tetapi  responden  berjaya  untuk  membaca  ayat  tersebut

               dengan betul.

               Berdasarkan  dapatan  kajian  juga,  didapati  dua  responden  yang  mengaplikasi  bacaan  al-

               Quran mengikut turutan dari surah yang pertama hingga surah yang terakhir untuk setiap hari
               lebih  mahir  dan  yakin  tentang  hukum  berkaitan  ayat-ayat  khusus  qiraat  Hafs  an  ‘Asim
               berbanding dua responden yang setiap hari membaca al-Quran mengikut surah-surah pilihan.

               Perkara ini dibuktikan apabila responden tersebut terlepas pandang tentang hukum bacaan
               tashil ketika membaca potongan ayat dan mereka juga mengakui bahawa mereka juga sering
               terlepas pandang hukum bacaan ayat tersebut. Hal ini juga disebabkan hukum seperti tashil

               dan naqal ini tidak mempunyai tanda yang khusus untuk menunjukkan hukumnya, berbeza
               dengan  hukum  imalah  dan  isymam  yang  mempunyai  tanda  yang  khusus  di  dalam  rasm

               Uthmani.

                       Dalam dapatan kajian ini juga mendapati elektif Tilawah dan Tahsin al-Quran banyak
               membantu  responden  dalam  menjawab  soalan  daripada  pengkaji  berkaitan  ayat  khusus

               qiraat Hafs an “Asim. Perkara Ini juga membuktikan betapa penting bagi seseorang siswa
               guru Pendidikan Islam untuk mengambil kursus elektif ini ketika berada di IPG. Jadi, siswa
               guru tidak boleh menganggap mereka tidak perlu mengambil kursus ini kerana mereka fikir

               mereka sudah mahir dalam membaca al-Quran. Menurut Hazwan (2016) terdapat segelintir
               umat Islam di Malaysia khususnya, kurang memberi perhatian terhadap penguasaan bacaan

               al-Quran kerana ada dalam kalangan mereka berfikir apabila sudah boleh membaca al-Quran,
               ianya sudah cukup dan memadai. Begitu juga di kalangan pelajar yang sudah mahir membaca
               al-Quran,  ada  di  antaranya  tidak  meneruskan  lagi  ke  peringkat  yang  seterusnya  kerana

               beranggapan kemahiran yang ada sudah cukup.


               KESIMPULAN


               Hasil temubual dan pemerhatian yang dijalankan mendapati penguasaan siswa guru tentang
               qiraat Hafs an ‘Asim adalah secara umum dan responden banyak mengetahui tentang qiraat
               Hafs  an  ‘Asim  ketika  mengikuti  kursus  Pengajian  Tarannum  dan  Qiraat  dan  juga  kursus

               Tilawah  dan  Tahsin  al-Quran.  Responden  masih  memerlukan  ulangkaji  untuk  dapat
               menceritakan  dengan  cemerlang  tentang  perkara  ini.  Sebahagian  istilah-istilah  yang

               digunakan juga menyebabkan responden keliru. Walaupun begitu, dari segi bacaan ayat-ayat


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                736
   752   753   754   755   756   757   758   759   760   761   762