Page 761 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 761
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN & PENYELIDIKAN
SEKOLAH RENDAH
Norafizah binti Abdul Razak
fizahfiza123@gmail.com
SK Kg Baharu Jerantut Pahang
ABSTRAK
Kebanyakkan murid menghadapi kesukaran belajar atau memahami isi pelajaran disebabkan
beberapa halangan antaranya kehilangan semangat belajar, sekatan kognitif ke pembelajaran
yang berkesan dan teknik pembelajaran yang lapuk. Pembelajaran masa kini murid dibanjiri
penekanan kepada maklumat berbanding keperluan individu. Akibatnya, ia hampir
‘membebani’ murid terutama murid yang berada di aras potensi dan sederhana. Pembelajaran
Berasaskan Kajian dan Penyelidikan (Research Based Learning) merupakan satu
pendekatan yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah dalam membantu murid
menguasai isi kandungan pelajaran secara mendalam berdasarkan tajuk-tajuk dalam
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Mengupayakan murid dengan memberi
peluang kepada mereka benar-benar ‘belajar’, menguasai disiplin ilmu dalam proses
pendidikan berdasarkan acuan dan keupayaan diri. Melibatkan murid secara aktif dalam
proses pembelajaran meningkatkan perhatian dan tumpuan mereka, mendorong mereka
untuk mengamalkan kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi, berfikir secara kritis.
Medatologi kajian ini berdasarkan kepada 30 buah sekolah yang menggunakan pendekatan
ini seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan model Penyelidkan Kualitatif. Data dianalisis
melalui pemerhatian dan temu ramah terbuka. Data dikumpul dalam bentuk kualitatif – naratif,
penyataan responden dan rubriks kajian lapangan. Pendekatan ini telah berjaya melibatkan
murid secara aktif dalam proses pembelajaran meningkatkan perhatian dan tumpuan mereka,
mendorong mereka untuk mengamalkan kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi,
berfikir secara kritis dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Kesimpulannya pendekatan ini membantu murid berfikir secara kritis dan aras tinggi sesuai
dalam melahirkan murid abad 21.
Kata kunci : Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan.(Reseach Based Learning)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 740

