Page 104 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 104
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
INOVASI PENGHASILAN JUBIN MENGGUNAKAN CAMPURAN
PLASTIK KITAR SEMULA HDPE DAN LDPE
Hazriesyam Amir Mustapha, Suhaimi Yajid& Azira Daud
(suhaimi@polisas.edu.my, hazriesyam@polisas.edu.my, azira@polisas.edu.my)
Abstrak
Kajian ini mengenai penghasilan jubin hiasan dalaman yang dihasilkan menggunakan
plastik kitar semula. Plastik yang digunakan ialah High-density Polyethylene (HDPE)
dan Low-density Polyethylene (LDPE). Kajian ini adalah untuk mengatasi beberapa
masalah jubin yang mudah cepat pudar dan mudah retak. Objektif kajian ini adalah
untuk mereka bentuk jubin dan menghasilkan jubin menggunakan plastik kitar semula
LDPE dan HDPE, serta untuk menentukan kualiti Jubin Hiasan Dalaman Plastik Kitar
Semula dan mengkaji kadar penggunaan plastik kitar semula di dalam penghasilan
Jubin Hiasan Dalaman Plastik Kitar Semula. Daripada kajian ini, didapati sekeping
jubin yang dihasilkan memerlukan 300g plastik. Nilai AIV untuk semua sampel ialah
0%. Ujian Rintangan Gelinciran tertinggi ialah 75 semasa kering dan 55 semasa basah.
Ujian resapan air yang dijalankan menunjukkan bahawa nisbah campuran tidak
berlaku sebarang resapan air terhadap nisbah 1. Bagi ujian tindakbalas terhadap bahan
kimia, tiada perubahan yang berlaku terhadap jubin dari segi jisim dan saiz.
Berdasarkan ujian mampatan yang dijalankan, nilai mampatan maksimum bagi nisbah
1 ialah 81.5MPa, manakala nilai mampatan bagi nisbah tertinggi adalah 1875.1N.
Cadangan untuk menambahbaik kajian ini ialah dengan menggunakan alatan yang
lebih sesuai dan moden dalam menghasilkan jubin. Kesimpulannya, semua objektif
dapat dicapai.
Kata kunci: Jubin, Plastik, LDPE, HDPE
102

