Page 101 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 101

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                                  MASYARAKAT 5.0 DAN SUBJEK TASAWWUR ISLAM:
                                                      KAITAN DAN RUH


                                           Siti Norhana Abu Hamis, Bushrah Basiron

                                         (s.norhana@graduate.utm.my, bushrah@utm.my)


                                                            Abstrak

                        Masyarakat 5.0 ialah masyarakat pintar yang memberi penekanan integrasi teknologi
                        pintar dan manusia. Masyarakat ini dikenali sebagai “mesin bernyawa” yang memberi
                        penekanan  kepada  teknologi  dan  manusia  berasaskan  kepada  teras-teras  yang
                        dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0. Manakala Tasawwur Islam adalah satu subjek
                        yang  menumpukan  kepada  ruh,  pengetahuan  dan  kefahaman  yang  menyeluruh
                        mengenai Islam. Ia bertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan dengan
                        suasana semasa dalam konteks Malaysia Hari ini. Walaupun Masyarakat 5.0 adalah
                        masyarakat pintar namun bunuh diri dan sakit mental semakin membimbangkan dan
                        di luar lojik akal. Oleh itu, dengan mempelajari subjek Tasawwur Islam di peringkat
                        sekolah  menengah,  masalah  ini  dapat  dikurangkan  atau  dielakkan.  Kajian  ini
                        dilakukan dengan menggunakan Teori Al-Taswir iaitu proses mendapatkan gambaran
                        umum sesuatu masalah dengan mengumpul data dan isu berkaitan untuk menemukan
                        satu hukum baharu. Rekabentuk kajian adalah kajian kes menggunakan bentuk kajian
                        kuantitatif  dan  kualitatif  iaitu  soalan  kaji  selidik  dan  temu  bual.  Kesimpulannya,
                        subjek  Tasawwur  Islam  boleh  memberi  penjelasan  yang  menyeluruh  terhadap
                        persoalan-persoalan  di  atas.  Kemajuan  teknologi  dan  komunikasi  yang  pantas
                        menjadikan dunia seolah-olah sesak dan sempit. Pengaruh dan budaya negatif semakin
                        meningkat di samping kerapuhan aspek ketahanan dan jati diri di kalangan masyarakat
                        terutama  golongan  remaja  yang  boleh  mengancam  budaya  dan  nilai-nilai  murni
                        masyarakat. Subjek Tasawwur Islam mampu menjelaskan peranan dan sumbangan
                        positif Islam terhadap kemajuan dunia dan keupayaannya menangani cabaran-cabaran
                        baru yang dihadapi oleh Masyarakat 5.0.

                        Kata kunci: Masyarakat 5.0, Subjek Tasawwur Islam: Kaitan Dan Ruh










                                                                                                       99
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106