Page 103 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 103

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                             KESAN E-PEMBELAJARAN KE ATAS KEMAHIRAN BERFIKIR
                                      PELAJAR-PELAJAR POLITEKNIK MALAYSIA


                        Rasyidah Shahabuddin, Rosmizar Rosli, Danizah Che Din, Sarimah Ismail,

                                (shahabuddinrasyidah@gmail.com, rosmizarmohdrosli@gmail.com,
                                         danizah@gmail.com, sarimahhebat@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Penularan  wabak  virus  COVID19  telah  menyebabkan  proses  pengajaran  dan
                        pembelajaran secara atas talian menjadi medium penting kepada para pensyarah dalam
                        mendidik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar mereka.  Pelbagai kaedah atas talian
                        diperkenalkan bagi menarik minat pelajar agar dapat memahami serta boleh mengikuti
                        kelas dengan baik.   Pelbagai rungutuan diperolehi dan didengari mengatakan bahawa
                        proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak dapat disempurnakan dengan baik
                        oleh  para  pelajar.    Oleh  itu  kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  sejauhmana  tahap
                        kemahiran pelajar menyelesaikan masalah ketika mengikuti pembelajaran atas talian
                        sepanjang  tempoh  Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP).    Kajian  ini  menggunakan
                        pendekatan model Kognitif Taxonomy Bloom.  Hanya dua komponen kajian  sahaja
                        yang diuji menggunakan borang soalan selidik bagi mengumpul data.  Hasil dapatan
                        kajian mendapati, purata kefahaman dan penghuraian maklumat oleh pelajar ketika
                        mengikuti e-pembelajaran ini adalah sederhana.  Faktor penggunaan  medium yang
                        digunakan oleh pelajar semasa e-pembelajaran juga memainkan peranan ke atas hasil
                        dapatan kajian ini. Secara kesimpulan, kajian ini mendapati tidak semua kemahiran
                        boleh dilakukan secara atas talian tanpa bimbingan para pensyarah.

                        Kata kunci :  Tahap kemahiran, pembelajaran atas talian, Model Kognitif.















                                                                                                      101
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108