Page 105 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 105
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
DIKALANGAN WARGA POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
Noor Afizah Atan, Elyn Mohd Ridzwan, Muhammad Azrul Hambali Ghazali
(noorafizah@pmjb.edu.my, elyn.mr@pmjb.edu.my, azrul.hambali@pmjb.edu.my)
Abstrak
Pandemik Covid-19 telah mengubah corak pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran daripada secara bersemuka kepada sepenuhnya menerusi atas talian.
Namun, pelaksanaan pembelajaran era baru ini telah lama dipraktikkan di negara-
negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan.
Selaras dengan itu kebanyakan universiti tempatan telah menggunakan pendekatan ini
bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan
sesi pembelajaran tidak ditangguh. Justeru kajian ini bertujuan untuk melihat
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian di Politeknik
METrO Johor Bahru (PMJB) dari aspek pelajar dan staf akademik. Analisis data
berdasarkan maklum balas daripada 227 orang pelajar dan 33 orang staf akademik
telah diperolehi melalui borang soal-selidik. Kajian ini menunjukkan 73.1% pelajar
telah menggunakan talian internet prabayar (prepaid) untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (PdPDT). Seterusnya 66.5% reponsen
menyatakan bahawa tahap capaian internet adalah sederhana. Secara keseluruhan
tahap kepuasan hati pelajar dalam pelaksanaan PdPDT adalah pada tahap yang
sederhana dengan purata nilaian min 3.43. Namun dapatan menunjukkan kesediaan
staf akademik dalam pelaksanaan PdPDT berada pada tahap yang tinggi dengan
galakan dan dorongan pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
amnya dan Politeknik METrO khususnya dalam usaha menawarkan kursus berkaitan
PdPDT bagi meningkatkan pemahaman, kompetensi dan kualiti pengajaran.
Keberkesanan PdPDT juga adalah pada tahap yang tinggi di mana responden bersetuju
bahawa pelaksanaan PdPDT mampu meningkatkan kemahiran, minat dan
pengetahuan dalam proses pengajaran serta meningkatkan kreativiti dalam
penyampaian kandungan pelajaran. Akhir sekali aspek persekitaran seperti rakan
sekerja dan tempat kerja dilihat sebagai faktor utama dalam memastikan kelestarian
dan kelancaran proses PdPDT.
Kata kunci: Covid-19, pelaksanaan, pengajaran, pembelajaran dan atas talian.
103

