Page 28 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 28
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEBERKESANAN PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)
TERHADAP PROGRAM DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN
ISLAM (DIB), POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Mohammad Firdaus Ahmad, Khairul Jannah Samsudin, Zanita Ismail
(pmfa87@gmail.com, khjannah.samsudin@gmail.com, aam.mas28@gmail.com)
Abstrak
Programme Educational Objective (PEO) diwujudkan dalam sistem pendidikan
politeknik bagi menyelaraskan perlaksanaan kurikulum di semua politeknik seluruh
Malaysia. Pencapaian sesuatu kursus pada setiap semester turut diukur berdasarkan
pencapaian PEO. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sama ada perlaksanaan PEO
memberi impak positif bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada graduan yang
dilahirkan dari program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB), Politeknik
Sultan Idris Shah (PSIS). Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mendapatkan
maklum balas daripada majikan sama ada graduan berkebolehan dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang diperlukan oleh industri mahupun tidak. Kajian ini berbentuk
deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif serta software SPSS digunakan untuk
menganalisa kaji selidik yang dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan graduan dan
majikan memberi maklumbalas positif dengan min purata adalah pada tahap yang
tinggi. Ini menunjukkan bahawa mereka bersetuju perlaksanaan PEO program DIB
berjaya melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang diperlukan oleh
industri. Malah, graduan program DIB, PSIS juga mampu menyesuaikan diri dengan
baik di alam pekerjaan. Seterusnya, kajian ini turut mencadangkan langkah
penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap PEO program DIB. Antaranya
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti perlu
mengambil kira aspek teknologi maklumat dan kemahiran hands-on yang tidak diberi
penekanan terhadap pelajar dan graduan program DIB. Kedua-dua elemen ini amat
penting agar graduan program DIB lebih berdaya saing di industri. Pada akhir kajian
ini, penyelidik mencadangkan agar kajian pada masa akan datang tidak hanya
menggunakan soalselidik sebagai kaedah kajian, sebaliknya menambahkan kaedah
pengumpulan maklumat melalui temubual mahupun pemerhatian.
Kata kunci: Programme Educational Objective (PEO), Graduan, Kurikulum
26

