Page 29 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 29
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TAHAP KESEDARAN TERHADAP PERUBAHAN IKLIM DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SELANGOR
Mas Amira Afzah Mohd Kamel, Kamisah Osman
(masamiraafzah@gmail.com, kamisah@ukm.edu.my)
Abstrak
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap perubahan iklim
dalam kalangan pelajar sekolah menengah atas di Malaysia. Kajian melibatkan 192
orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 daripada sekolah-sekolah menengah di negeri
Selangor. Pemilihan responden adalah menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah. Borang soal selidik berskala Likert 5 mata digunakan sebagai instrumen
kajian. Statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan) dan statistik
inferensi (ujian t) telah digunakan untuk menganalisis data dan membentangkan
dapatan kajian. Secara keseluruhannya, tahap kesedaran terhadap perubahan iklim
bagi pelajar bandar (min=3.82, SP=0.32) dan luar bandar (min=3.74, SP=0.41) adalah
tinggi. Selain itu, tahap kesedaran terhadap perubahan iklim bagi pelajar aliran sains
(min=3.88, SP=0.26) dan sastera (min=3.69, SP=0.44) juga adalah tinggi. Hasil ujian
t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kesedaran pelajar terhadap perubahan iklim dengan kedudukan geografi,
t(190)=1.523, p=0.129, namun terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kesedaran pelajar terhadap perubahan iklim dengan aliran pengajian, t(190)=4.006,
p<0.01. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan yang telah
dikemukakan kepada pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kata kunci: pendidikan alam sekitar, perubahan iklim, kedudukan geografi, aliran
pengajian
27

