Page 24 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 24

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                            TAHAP KEFAHAMAN PELATIH TERHADAP MATA PELAJARAN
                             AKHLAK DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN


                                          Norhidayani Said, Mohd Zaid Mohd Arshad

                                                    (dayanisaid@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak
                        dan  membentuk  kembali  sahsiah  remaja.  Penekanan  pendidikan  akhlak  dalam
                        pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana pendidikan Islam antara lainnya bermatlamat
                        untuk  membangun  dan  melahirkan  insan  secara  bersepadu  dan  seimbang  demi
                        merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. di muka bumi.
                        Untuk tujuan tersebut, penekanan terhadap pendidikan akhlak merupakan proses yang
                        memainkan  peranan  penting  untuk  mencapai  matlamat  pendidikan  Islam  tersebut.
                        Dalam proses memulihkan akhlak para pelatih di Pusat Perlindungan Wanita Baitul
                        Ehsan, mata pelajaran akhlak adalah antara mata pelajaran penting yang dilaksanakan
                        terhadap para pelatih. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
                        kefahaman  pelatih  terhadap  mata  pelajaran  akhlak  di  Pusat  Perlindungan  Wanita
                        Baitul Ehsan. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan menggunakan sampel yang
                        terdiri daripada 70 orang pelatih yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan
                        ialah  soal  selidik  yang  dibina  berdasarkan  kajian-kajian  lepas  dan  diubahsuai
                        mengikut  objektif  kajian.  Data  kajian  dianalisis  secara  statistik  deskriptif  untuk
                        mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukan tahap kefahaman
                        pelatih terhadap mata pelajaran akhlak berada pada tahap tinggi di mana nilai skor min
                        yang  diperolehi  ialah  4.42.  Walaupun  dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  tahap
                        kefahaman akhlak berada pada tahap tinggi tetapi terdapat beberapa perkara penting
                        yang  perlu  diperbaiki.  Terma-terma  penting  yang  dikira  perlu  dalam  usaha
                        membentuk akhlak dan peribadi muslim untuk menjadi benteng diri dalam menangkis
                        budaya  luar  perlu  dimasukkan  sebagai  latar  belakang  sebelum  pelatih  mula
                        mempelajari skop akhlak dengan lebih luas.

                        Kata kunci: akhlak, kefahaman, pelatih, Baitul Ehsan









                                                                                                       22
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29