Page 23 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 23

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                          KAJIAN KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN
                                          PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT


                                 Ayubkhan Abdul Kadir, Norhamizah Rusli, Ibarihim Hamzah

                                                  (ayubkhan642@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Institusi  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  merupakan  penyumbang  terbesar  yang
                        melahirkan  lulusan  dalam  aliran  Pendidikan  Teknikal  dan  Latihan  Vokasional
                        (TVET).  Keupayaan  dalam  menguasai  bidang  kemahiran  bukanlah  suatu  perkara
                        asing bagi kelompok pelajar kemahiran ini. Namun, sejajar dengan tuntutan semasa
                        negara, keperluan Institusi Pendidikan untuk memainkan peranan dalam membentuk
                        budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sebagai usaha menjana kemakmuran
                        dan  pertumbuhan  ekonomi  negara.  Dalam  pengajian  peringkat  Kolej  Komuniti,
                        pelajar  Sijil  Kolej  Komuniti  perlu  mengikuti  modul  Keusahawanan,  MPU1222
                        sebagai melengkapkan jam kredit modul Pengajian Am. Justeru, kajian ini bertujuan
                        meninjau kecenderungan keusahawanan kalangan pelajar Kolej Komuniti Segamat
                        untuk melihat sejauh mana sikap mereka untuk terlibat dalam bidang keusahawanan.
                        Mengetengahkan  pendekatan  secara  kuantitatif,  melalui  edaran  soal  selidik,  dan
                        dapatan  dianalisis  secara  deskriptif  dan  inferensi  menggunakan  ujian  regressi
                        berganda.  Hasil  dapatan  ke  atas  114  orang  responden  menunjukkan  tahap
                        kecenderungan yang sederhana kalangan pelajar kemahiran ini dalam keusahawanan
                        dengan nilai skor min 3.97 (motivasi), nilai skor 4.00 (sikap) dan nilai skor min 3.78
                        (minat). Manakala hasil ujian regressi pula menunjukkan di antara tiga aspek yang
                        diketengahkan  iaitu  motivasi,  minat  dan  sikap,  hanya  aspek  motivasi  sahaja  yang
                        signifikan secara statistik dalam mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar
                        Kolej Komuniti Segamat.

                        Kata  kunci:  Kolej  Komuniti  Segamat,  Keusahawanan,  Pendidikan  Teknikal  dan
                        Latihan Vokasional (TVET)











                                                                                                       21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28