Page 32 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 32

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                                 KESAN PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR TERHADAP
                          PENGETAHUAN DAN AMALAN MESRA ALAM SEKITAR DALAM
                                   KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA


                                                   Hoo Shau Zan, Shahlan Surat

                                          (shauzan@hotmail.com, drshahlan@ukm.edu.my)


                                                              Abstrak

                        Ramai pendidik luar percaya bahawa perkhemahan pendidikan luar dapat menjana
                        amalan  dan  pengetahuan  alam  sekitar  yang  positif,  kajian  ini  bertujuan  untuk
                        mengkaji  kesan  perkhemahan  pendidikan  luar  terhadap  pengetahuan  dan  amalan
                        mesra alam sekitar di kalangan pelajar tahun ketiga dari universiti awam terpilih di
                        Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen ujian pra dan pasca
                        berdasarkan 5 universtiti. Data kajian telah dipungut dari 436 orang pelajar tahun
                        ketiga  dari  5  universiti  di  Malaysia  dengan  menggunakan  Soal  Selidik  Skala
                        Pengetahuan dan Amalan Mesra Alam Sekitar yang telah diubahsuai. Analisis Ujian
                        T  bersandar  dan  analisis  ujian  MANCOVA  menunjukkan  bahawa  program
                        perkhemahan pendidikan luar telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan amalan
                        yang  positif  terhadap  alam  sekitar.  Selain  itu,  kajian  ini  juga  mencadangkan
                        penambahbaikan perlaksanaan program perkhemahan pendidikan luar dan kajian di
                        masa hadapan.

                        Kata kunci: perkhemahan pendidikan luar, pengetahuan, amalan mesra alam
                        sekitar

















                                                                                                       30
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37