Page 34 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 34

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                               SiMoPTek DALAM TOPIK PERGERAKAN PLAT TEKTONIK


                                                      Iwana Ivy Abdullah

                                                     (aivie1008@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        SiMoPTek adalah Alat Bantu Mengajar(ABM) yang dihasilkan oleh pengkaji untuk
                        digunakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc) subjek sains tingkatan 1
                        bagi  mensimulasikan  mekanisme  pergerakan  plat  tektonik  bumi   secara  hands-on.
                        Sasaran kajian seramai 30  orang murid dari tingkatan 1 Cekal SMK Kolombong yang
                        terdiri  daripada  15  orang  lelaki  dan  15  orang  perempuan.   Kutipan  data  adalah
                        berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, borang soalselidik maklumbalas murid,
                        temubual murid dan pemerhatian guru semasa PdPc. Ujian pra dan pasca, serta borang
                        soalselidik dianalisis secara kuantitatif manakala pemerhatian dan temubual dianalisis
                        secara  kualitatif.  Kajian  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  meningkatkan pemahaman
                        murid     terhadap     konsep     pergerakan     plat    tektonik    bumi dengan
                        menggunakan simulasi model SiMoPTek secara hands-on melalui persekitaran yang
                        menyeronokkan. Tinjauan awal semasa PdPc menunjukkan murid sukar memahami
                        mekanisme pergerakan plat tektonik dan kebanyakan mereka tidak berminat dengan
                        topik yang dibincangkan serta bosan. Penelitian terhadap hasil analisis kertas ujian
                        menunjukkan peningkatan bilangan murid yang boleh menjawab dengan markah 40%
                        ke  atas  daripada  ujian  pra  (47  %  murid)  kepada  ujian  pasca  (100%  murid).  Ini
                        membuktikan simulasi secara hands on SiMoPTeK dapat membantu meningkatkan
                        pemahaman  murid  terhadap  konsep pergerakan  plat  tektonik.  Daripada  analisis
                        soalselidik  maklumbalas  murid  menggunakan  skala  likert  menunjukkan  min
                        keseluruhan 4.74(nilai min aras tinggi) selepas SiMopTek diperkenalkan. Temubual
                        murid juga memberikan respon seronok belajar selepas SiMoPTeK diperkenalkan.  Ini
                        membuktikan  SiMoPTek  secara  hands  on  juga  dapat  meningkatkan  minat
                        murid  untuk belajar dengan persekitaran yang seronok .

                        Kata kunci : SiMoPTek, hands-on










                                                                                                       32
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39