Page 3 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 3

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                          HUBUNGAN PENGUASAAN MODUL TAKAFUL DALAM PROSES PdP
                           MENERUSI WORK BASED LEARNING (WBL) DIANTARA FAKTOR
                         DALAMAN DENGAN LUARAN DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK
                                                          MALAYSIA


                        Khairul Nizam Mohd Khalid, Ahmad Marzuki Mohamad, Nurazmallail Marni

                                  (nizzam74@yahoo.com, amarzuki@utm.my, nurazmal@utm.my)


                                                            Abstrak

                        Kajian ini bertujuan untuk mengetahui Hubungan diantara Faktor Dalaman Dengan
                        Luaran Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menerusi Work Based Learning
                        (WBL)  terhadap  Penguasaan  Modul  Takaful  Di  Politeknik  Malaysia.  Kaedah  ini
                        menggunakan kaedah tinjauan menggunakan reka bentuk korelasi melibatkan seramai
                        223 orang pelajar yang sudah selesai pembelajaran secara WBL dan sudah berkerja
                        diindustri,  serta  dipilih  secara  teknik  persampelan  rawak  mudah.  Data  dianalisis
                        menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 22.0.
                        Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara faktor dalaman (Minat dan
                        motivasi)  dengan  Faktor  Luaran  (Multimedia,  Rakan  sekerja  dan  Majikan)
                        mempunyai  hubungan  yang  signifikan  dalam  mempengaruhi  penguasaan  Modul
                        Takaful menerusi Work Based Learning di Politeknik Malaysia. Dapatan kajian ini
                        juga  dapat  memberi  maklumat  kepada  pihak  pihak  institusi  dan  tenaga  pengajar
                        bahawa  pelajar  sebenarnya  lebih  berminat  dan  bermotivasi  untuk  mengikuti
                        pembelajaran  berasaskan  Work  based  Learning  (WBL).  Implikasi  kajian  ini  juga
                        menunjukkan Work Based Learning (WBL) dilihat mempunyai peranan yang penting
                        dalam  bidang  pendidikan  terutama  diera  Revolusi  Industri  4.0  (IR4.0)  .
                        Pengintegrasian di antara pembelajaran secara teori dan praktikal memberi peluang
                        kepada  pelajar  membuat  pilihan  dalam  P&P  serta  dapat  menggalakkan  pelajar
                        menguasai ilmu secara ilmiah disuasana perkerjaaan sebenar.

                        Kata  kunci:  Penguasaan,  Pengajaran  dan  Pembelajaran  Modul  Takaful,  Work-
                        Based Learning.










                                                                                                         1
   1   2   3   4   5   6   7   8