Page 4 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 4

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                             APLIKASI LOGISTIK PENGURUSAN INVENTORI DI GROMAX
                                               MACHINERY PART SUPPLIES


                                Hazman Mat, Mohammed Yusoff Amri, Muhammad Hafidz Haidzir

                                           (hazman@polisas.edu.my, yusoff@polisas.edu.my,
                                                  hafidz.haidir@polisas.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Pengurusan  Inventori  berdasarkan  Analisis  ABC  merupakan  sistem  pengurusan
                        inventori  dengan  mengkelaskan  item-item  inventori  kepada  tiga  kelas  utama  iaitu
                        kelas  A,  kelas  B  dan  kelas  C  berdasarkan  jumlah  nilai  ringgit  dan  kekerapan
                        penggunaanya. Sistem ini dapat memastikan inventori berada pada kedudukan yang
                        strategik  agar  pengurusan  inventori  diuruskan  dengan  efektif.  Berdasarkan
                        pemerhatian dan wawancara terhadap perniagaan Gromax Machinery Parts Suppliers
                        yang  telah  beroperasi  selama  10  tahun,  didapati  terdapat  isu  berhubung  dengan
                        pengurusan inventorinya berikutan sistem pengurusan inventori bekomputer E.M.A.S.
                        Inventory System telah ditamatkan fungsinya. Di samping itu, layout yang sedia ada
                        didapati  tidak  teratur  menyebabkan  ruang  inventori  menjadi  sempit  dan  boleh
                        menjejaskan kualiti serta capaian terhadap inventori. Oleh itu, objektif penyelesaian
                        isu kajian kes ini adalah untuk memperkenalkan sistem pengurusan inventori manual
                        bagi  mengantikan  sistem  pengurusan  inventori  berkomputer  E.M.A.S.  Inventory
                        System sebelum ini. Penambahbaikan terhadap layout U Flow juga telah dilaksanakan
                        bagi memastikan keberkesanan pengurusan inventori berdasarkan Analisis ABC dapat
                        dilaksanakan dengan berkesan.

                        Kata kunci: pengurusan inventory, U Flow layout, Analisis ABC


























                                                                                                         2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9