Page 8 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 8

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                            ADAPTASI PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (E-LEARNING) DI
                        KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLISAS 2020, SATU
                                                          TINJAUAN.


                                Hazman Mat, Mohammed Yusoff Amri, Muhammad Hafidz Haidzir

                                           (hazman@polisas.edu.my, yusoff@polisas.edu.my,
                                                  hafidz.haidir@polisas.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau adaptasi pembelajaran norma baharu
                        (e-learning) di kalangan pelajar Jabatan Perdagangan POLISAS. Adaptasi dari segi
                        tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan tahap motivasi di kalangan 231 orang pelajar
                        semester  1  hingga  semester  6  yang  mengambil  pelbagai  kursus  di  Jabatan
                        Perdagangan  POLISAS.  Instrumen  kajian  ini  diubahsuai  daripada  Noraffandy
                        Yahaya dan Ling Ning Ning (2011). Manakala, analisis menggunakan perisian SPSS
                        digunakan untuk menganalisis ketiga-tiga aspek dalam kajian ini. Didapati, tahap
                        kebolehpercayaan bagi ketiga-tiga pembolehubah dikaji adalah sangat tinggi (Najib,
                        1999) iaitu 0.918 (Pengetahuan), 0.970 (Kesediaan) dan 0.962 (Motivasi). Statistik
                        diskriptif  digunakan  dengan  melihat  frekuensi,  peratusan  dan  min  hasil  kajian.
                        Didapati,  tahap  min  adalah  sederhana  dalam  semua  pembolehubah  dikaji  iaitu
                        pengetahuan (3.58), kesediaan (3.45) dan tahap motivasi (3.33). Kajian ini memberi
                        gambaran yang jelas bahawa adapatasi pembelajaran norma baharu (e-learning) di
                        POLISAS, khususnya di Jabatan Perdagangan adalah pada tahap yang sederhana.
                        Oleh itu, pihak pengurusan POLISAS umumnya, khususnya Jabatan Perdagangan
                        perlu lebih peka kepada isu yang diketengahkan dalam kajian ini, supaya langkah-
                        langkah persediaan untuk melalui pembelajaran norma baru (E learning) berkesan
                        dan objektif PdP tercapai dengan jayanya.

                        Kata kunci: Norma Baharu, Pengetahuan, Kesediaan, Motivasi, E-Learning















                                                                                                         6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13