Page 5 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 5
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TAHAP KESUNYIAN DAN POLA PENGGUNAAN INTERNET
BERMASALAH UMUM MURID SEKOLAH MENENGAH DI KUALA
LUMPUR
Chong Kwang Shen, Ruslin Amir
(kschong810325@gmail.com)
Abstrak
Dalam era teknologi maklumat yang serba canggih tahap penggunaan internet adalah
tinggi. Kajian sebelum ini mendapati tahap penggunaan internet ada kaitan dengan
masalah kesunyian. Tinjauan literatur mendapati kebanyakan fokus kajian yang
dijalankan tertumpu hanya sampel daripada pelajar IPT dan golongan dewasa. Maka
kajian ini dibuat untuk mengkaji tahap kesunyian dan pola penggunaan internet
bermasalah umum bagi pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur. Tumpuan kajian
adalah pola hubungan penggunaan internet dengan tahap kesunyian sampel. Kajian ini
adalah berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan analisis data
secara deskriptif dan inferensi. Seramai 100 orang responden murid sekolah menengah
di Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan
penggunaan internet memberi kesan positif kepada responden dan tahap kesunyian
mereka adalah rendah. Analisis Korelasi menunjukkan tidak terdapat perhubungan
yang signifikan antara pola penggunaan internet dan tahap kesunyian. Kesimpulannya,
walaupun responden berasa penggunaan internet membawa kesan yang positif dan
tahap kesunyian mereka adalah rendah, namun pelbagai pihak termasuk ibu bapa,
penjaga, guru dan kerajaan harus memantau penggunaan internet dalam kalangan
remaja. Komunikasi berkesan dan keprihatinan wajar dipertingkatkan demi
kesejahteraan hidup generasi muda masa kini.
Kata kunci: Tahap kesunyian, pola penggunaan internet bermasalah umum, murid
sekolah menengah di Kuala Lumpur
3

