Page 7 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 7

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                         ANALISA PERSEPSI PELAJAR ORANG KURANG UPAYA TERHADAP
                                       AKSESIBILITI: KOLEJ KOMUNITI TERPILIH


                                Ezlina Mohamad Esa, Alice Sabrina Ismail, Nazihan Aziziuddin

                                 (ezlinaesa@yahoo.com, b-alice@utm.my, yan_azna@yahoo.com)


                                                            Abstrak

                        Pelajar Kurang Upaya telah lama ditolak peluang untuk meneruskan pengajian ke
                        tahap yang lebih tinggi di seluruh dunia. Galakan dan dorongan menerusi polisi dan
                        dasar  kerajaan  telah  memberi  kemudahan  secara  langsung  agar  golongan  kurang
                        upaya ini diberi peluang dan hak sama rata seperti golongan biasa untuk mendapat
                        akses dalam bidang pendidikan di peringkat tertinggi.  Namun begitu, pemasalahan
                        yang ketara di pusat pengajian tinggi dan rendah di Malaysia ialah kebanyakannya
                        tidak  dilengkapi  dengan  keperluan  kemudahan  awam  yang  mesra  serta  prasarana
                        fizikal  bagi  memudahkan  golongan  kurang  upaya  ini  berada  dalam  persekitaran
                        pembelajaran yang selesa dan menjalankan aktiviti seharian mereka sebagai pelajar.
                        Kajian  ini  dijalankan  bagi  mencapai  dua  (2)  objektif  kajian  yang  akan  membawa
                        kepada  penyelesaian  kajian  iaitu  mengenalpasti  kemudahan  OKU  yang  menjurus
                        kepada  keperluan  akademik  yang  terdapat  di  kolej  komuniti  dan  mencerakinkan
                        persepsi  dan  tahap  kepuasan  pelajar  OKU  terhadap  kemudahan  akademik  yang
                        disediakan.  Justeru,  kajian  ini  menggunakan  kaedah  kuantitatif  bagi  mendapatkan
                        analisis  yang  tepat  iaitu  melalui  proses  soalselidik.  Terdapat  lima  (5)  buah  kolej
                        komuniti yang terlibat dalam menjalankan kajian ini dan dipilih mengikut elemen-
                        elemen yang diperlukan dalam kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai
                        kebolehpercayaan instrument kajian adalah α = 0.933. Secara keseluruhannya, dapatan
                        kajian  mendapati  bahawa  pelajar-pelajar  berpuashati  di  tahap  sederhana  dengan
                        kemudahan yang terdapat di kolej komuniti masing-masing.

                        Kata kunci: Orang Kurang Upaya, Pembelajaran & Pengajaran, Kemudahan




















                                                                                                         5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12