Page 38 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 38
(i) Kandungan Perjanjian Perkongsian
Cintai Negara Bab 1
Kandungan perjanjian yang terdapat dalam pemilikan perniagaan
secara perkongsian termasuklah nama firma, nama semua rakan Setiap rakan kongsi perlu
kongsi, peruntukan berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sentiasa jujur dan amanah
terhadap perjanjian dalam
rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian perniagaan yang telah dibuat
keuntungan atau kerugian, cara menjalankan perniagaan dan bagi memastikan setiap hasil
menamatkan perkongsian. yang diperoleh dapat dinikmati
oleh semua pihak, termasuk
pekerja, masyarakat dan negara.
(ii) Ciri-ciri Perkongsian
Ciri-ciri perkongsian adalah seperti berikut:
• bilangan rakan kongsi umumnya adalah dalam lingkungan
dua hingga 20 orang.
• bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profesion seperti
peguam dan akauntan, jumlah rakan kongsi adalah tidak
melebihi 50 orang.
• perniagaan yang dijalankan secara perkongsian juga tertakluk Minda Kreatif
di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
Kaji terlebih dahulu kelebihan
dan kekurangan setiap jenis
(iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi pemilikan sebelum anda
memilih jenis yang sesuai untuk
Perniagaan perkongsian mempunyai perbezaan dalam aspek jenis perniagaan anda.
rakan kongsi. Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan Jelaskan sebab bilangan rakan
perkongsian ditunjukkan dalam Jadual 1.3 yang berikut: kongsi perkongsian biasa berbeza
daripada perkongsian profesion.
Jadual 1.3 Jenis dan liabiliti rakan kongsi
Jenis rakan kongsi Penerangan
Rakan kongsi berhad Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada
jumlah modal yang dilaburkan sahaja
dan tiada kuasa pengurusan serta
dibenarkan untuk memeriksa rekod dan
akaun perniagaan
Rakan kongsi lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan
tidak aktif dalam pengurusan serta
menyumbangkan modal sahaja
Rakan kongsi biasa Menanggung liabiliti tidak terhad dan
berhak menguruskan perniagaan
Rakan kongsi aktif Menanggung liabiliti tidak terhad dan
aktif dalam pengurusan serta dibayar
gaji secara bulanan
Gambar foto 1.15 Perkongsian
Rakan kongsi Nama digunakan sebagai rakan kongsi
nominal (namaan) tanpa mengeluarkan modal dan perlu
menanggung liabiliti yang tidak terhad
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 21
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 21 11/7/16 12:14 PM

