Page 37 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 37

Bab 1      EMK                     (ii) Kelebihan dan Kekurangan Milikan Tunggal
                                             Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal ditunjukkan dalam
                 Bahagikan kelas kepada beberapa
                 kumpulan kecil.             Jadual 1.2 yang berikut:
                 Tugasan:                             Jadual 1.2  Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal
                 Jelaskan cara atau langkah yang
                 terlibat dalam penubuhan entiti       Kelebihan                   Kekurangan
                 milikan tunggal.
                                              Mudah ditubuhkan             Diuruskan secara berseorangan
                 Langkah-langkah:
                 1  Kumpulkan semua borang    Tidak banyak syarat dan hanya   Sukar untuk berkembang kerana
                    yang perlu dilengkapkan.  memerlukan modal kecil       modal kecil
                 2  Kumpulkan maklumat dan
                    dokumen yang diperlukan.  Mudah diurus kerana saiznya   Beban kerja semua ditanggung
                 3  Isikan borang dengan kemas   yang kecil                oleh pemilik
                    dan teliti.
                 4  Serahkan dokumen kepada   Bebas menguruskan perniagaan  Perniagaan tidak berterusan
                    kumpulan lain.
                 5  Semak kekurangan yang
                    wujud dalam dokumen yang   Keputusan dibuat oleh pemilik  Risiko perniagaan ditutup jika
                    anda terima.                                           pemilik meninggal dunia
                 6  Berikan komen anda.
                                              Beban cukai rendah           Sukar berkongsi kepakaran

                                              Pemilik hanya perlu membayar  Pemilik menanggung liabiliti
                                              cukai individu               tidak terhad


                                             (b) Perkongsian

                  RM  Celik Kewangan
                                             Perkongsian ditakrifkan sebagai kerjasama antara dua atau lebih
                                             individu bagi menjalankan perniagaan. Mereka bersetuju untuk
                                             bergabung tenaga bagi menjalankan perniagaan berasaskan
                                             syarat yang dipersetujui bersama. Melalui perkongsian modal,
                                             kepakaran, pengalaman dan pengetahuan, setiap rakan kongsi
                                             dapat digabungkan untuk mengembangkan perniagaan.

                                                 Perniagaan perkongsian boleh ditubuhkan secara lisan atau
                                             bertulis. Perkongsian yang wujud tanpa perjanjian bertulis adalah
                 Kebijaksanaan dalam pengurusan
                 kewangan akan membantu      tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Perkongsian 1961.
                 menjamin kestabilan kewangan
                 pada masa hadapan.              Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat akan membentuk
                                             satu persetujuan bersama dalam surat ikatan perkongsian yang
                                             merupakan perjanjian perkongsian. Syarat-syarat perkongsian
                                             akan dicatatkan dalam dokumen ini untuk mengelakkan berlaku
                                             perselisihan antara rakan kongsi.
                                                 Ahli yang terlibat dalam perniagaan secara perkongsian boleh
                                             berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman
                                             serta bebanan tugas. Jika terdapat rakan kongsi yang sakit atau
                                             ingin bercuti, tugasannya dapat diambil alih oleh rakan kongsi.

              20    BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   20                                                        11/7/16   12:14 PM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42