Page 47 - PowerPoint Presentation
P. 47

PANDUAN AM / PERATURAN TETAP STAF




         16.  Perhimpunan Sekolah


                i.   Penyelaras Perhimpunan hendaklah memastikan perhimpunan dijalan dan
                     diselenggarakan oleh guru-guru bertugas pada setiap minggu.
                ii.  Guru-guru bertugas bertanggungjawab mengurus perhimpunan pada minggu
                     berkenaan. Jadual bertugas hendaklah dirujuk.
                iii. Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan
                     hari-hari yang ditetapkan kerana perhimpunan adalah salah satu waktu rasmi
                     dan termasuk dalam jadual pembelajaran.
                iv.  Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
                     Tiada waktu PJ pada hari Ahad di mana perhimpunan dijalankan. Oleh itu, guru
                     harus memakai pakaian rasmi yang lengkap sewaktu perhimpunan dijalankan.
                v.   Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
                     (Bangsa Johor ) dan Lagu Sekolah.


         17.  Mesyuarat Guru / Mesyuarat / Kursus / Seminar Anjuran PPD, JPNJ, KPM

                i.   Dari semasa ke semasa, Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru.
                     Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
                ii.  Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia
                     atau mana-mana Penyelaras.
                iii.  Mesyuarat atau kursus anjuran PPD, JPNJ, KPM hendaklah dihadiri.


         18.  Buku Stok/Inventori


                i.   Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan
                     memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap
                     dan sentiasa dikemaskinikan. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh
                     Guru Besar/Penolong Kanan.


         19.  Tanda Nama

                i.   Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
                     rasmi di sekolah / di luar sekolah.


         20.  Keahlian KEBIRUS/PIBG


                i.   Semua guru secara automatik menjadi ahli KEBIRUS dan PIBG sekolah. Jumlah
                     yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.






                                                                                                          47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52