Page 49 - PowerPoint Presentation
P. 49
PANDUAN AM / PERATURAN TETAP STAF
26. Kehadiran semasa program 1M1S dan Budaya Al-Quran
i. Semasa program 1M1S iaitu pada hari Selasa dari 7.20 hingga 8.20 pagi, semua
guru dikehendaki berada di dataran perhimpunan dan mengambil bahagian
sepenuhnya.
ii. Guru-guru tidak dibenarkan berada di premis-premis lain seperti kantin semasa
program berjalan.
iii. Bagi program Budaya Al-Quran pada setiap hari Khamis dari pukul 7.20 hingga
7.50 pagi, semua guru Islam dikehendaki bersama-sama dalam program
tersebut.
iv. Guru-guru bukan Islam dan guru-guru lain harus mengurus aktiviti murid-
murid bukan Islam di dewan dengan mengadakan aktiviti yang sesuai.
27. Perkara-perkara Asas Cuti Rehat Khas, Cuti Rehat, Cuti Sakit dan Cuti Kuarantin
i. Had kelayakan CRK bagi guru adalah 10 hari. ( Tertakluk kepada pekeliling )
ii. Permohonan cuti hendaklah dibuat secara atas talian, sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum tarikh cuti. Permohonan manual dibuat jika laman sesawang HRMIS
tidak boleh diakses.
iii. Tindakan pemotongan gaji akan dikenakan bagi cuti melebihi had kelayakan.
iv. Bagi AKP yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun, had kelayakan cuti adalah
25 hari. (Tertakluk kepada Pekeliling )
v. Cuti sakit yang diperoleh daripada pusat perubatan swasta hanya 15 hari bagi
kes pesakit luar.
vi. Cuti kuarantin hanya dibenarkan maksimum 5 kali bagi setiap orang anak.
vii. Pegawai dianggap mengambil cuti jika keberadaan di sekolah kurang
daripada 4 jam waktu bekerja.
viii. Sila rujuk KPT untuk kemusykilan tentang cuti.
49

