Page 48 - PowerPoint Presentation
P. 48
PANDUAN AM / PERATURAN TETAP STAF
21. Penggunaan Alat-Alat
i. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
Penggunaan mestilah mendapat kebenaran daripada Penyelaras Alatan atau
Penjaga Stok.
ii. Guru bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan
memulangkannya kembali dengan segera dan berkeadaan baik.
iii. Jika alatan rosak, guru hendaklah melaporkannya dengan segera kepada pihak
berkenaan.
22. Arahan Dan Pekeliling
i. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
ii. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.
iii. Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran/PPD, guru
hendaklah mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah
tindakan diambil.
23. Telefon/Faks/Mesin Fotostat
i. Penggunaan telefon/faks/mesin fotostat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
Guru dan staf hendaklah menggunakan telefon sendiri atau awam untuk urusan
peribadi.
24. Kunci
i. Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
ii. Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, kebenaran
hendaklah diperoleh daripada Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab
terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
25. Program dan Majlis-Majlis Sekolah
i. Program dan majlis sekolah adalah sesuatu yangrasmi.
ii. Pegawai dan Ahli Jawatankuasa yang diberi tugas hendaklah melaksanakan
tugasan dan tanggungjawab dengan seberapa sempurna.
iii. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
48

