Page 152 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 152
Walau bagaimanapun, etika dan undang-undang siber perlu dipatuhi semasa menggunakan
media siber. Banyak kepentingannya jika etika dan undang-undang siber dipatuhi seperti
yang di bawah.
Melakukan urus
niaga dalam
talian dengan
Mewujudkan selamat.
persekitaran siber
yang selamat
dan sihat.
Menjadi
pengguna siber
Kepentingan yang berhemah.
Mematuhi Etika dan
Undang-undang Siber
Memperoleh
Menjaga
keharmonian maklumat
masyarakat. yang tepat.
Tidak dapat dinafikan bahawa Internet telah menjadi satu daripada media terpenting dalam
kehidupan manusia pada masa ini. Namun, terdapat segelintir pihak yang menggunakannya
secara tidak beretika dan menyalahi undang-undang siber. Mereka sanggup melakukan jenayah
siber seperti penipuan siber, penggodaman dan penyebaran berita palsu, fitnah serta hasutan
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang atau imej sesebuah negara.
KESAN TINDAKAN TIDAK BERETIKA DAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG SIBER
Menyebabkan
Menjejaskan
Menimbulkan Menjatuhkan Menjejaskan kerisauan,
perselisihan faham maruah diri, imej atau maruah perpaduan. kemurungan
dan pergaduhan. keluarga orang lain. dan tekanan
dan negara.
perasaan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu mematuhi etika dan undang-undang siber. Dengan
mengamalkan nilai bertanggungjawab, harga diri, patriotisme, hemah tinggi dan kesederhanaan
semasa berkomunikasi dalam alam siber, kita dapat hidup dalam suasana yang lebih tenang,
aman dan sejahtera.
146
146
Unit 12 NC.indd 146 27/10/17 7:02 pm

