Page 151 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 151

Selain etika, kerajaan telah menggubal undang-undang siber untuk mengawal pengguna
                 Internet agar tidak melakukan kesalahan semasa menggunakan media siber. Antaranya
                 termasuklah Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan
                 Akta Jenayah Komputer 1997.
                    Undang-undang siber ini bertujuan untuk melindungi pengguna yang menjadi mangsa
                 jenayah siber, penyalahgunaan Internet, pencurian data dan sebagainya. Penjenayah siber
                 pula akan dibawa ke muka pengadilan untuk didakwa dan dijatuhi hukuman.
                    Oleh itu, pengguna lain akan lebih berhati-hati ketika menggunakan media siber. Walaupun
                 etika dan undang-undang siber bertujuan untuk memberikan garis panduan dan mengawal
                 selia penggunaan Internet, namun kedua-duanya berbeza antara satu sama lain.



                                PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG SIBER





                      ETIKA
                                                                               UNDANG-UNDANG
                 •  Garis panduan
                    untuk pengguna                                                    SIBER
                    media siber.                                             •  Peraturan untuk mengawal
                 •  Tiada hukuman                                              pengguna media siber.
                    dikenakan.                                               •   Boleh dikenakan hukuman
                 •  Dianggap tidak                                             jika tidak mematuhi
                    bermoral jika tidak                                        undang-undang yang
                    mematuhi etika.                                            ditetapkan.
                                                                             •   Digelar sebagai penjenayah
                                                                               siber jika menyalahi
                                                                               undang-undang.




                                                                                             Imbas Saya





                                                                                              Kementerian
                                                                                              Komunikasi
                                                                                             dan Multimedia
                                                                                               Malaysia














                                                                                                         145




       Unit 12 NC.indd   145                                                                          27/10/17   7:02 pm
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156