Page 150 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 150
KONSEP Alam siber ialah alam yang berkait rapat dengan komputer dan Internet seperti yang ditunjukkan
dalam peta pemikiran di bawah.
Buku Guru
e-mel
komputer Internet
teknologi
maklumat Alam ruangan forum
Siber
dunia dalam talian
blog
laman web
media sosial
Ibu bapa Kamus
Peta Pemikiran Alam Siber.
Memandangkan remaja merupakan antara golongan yang banyak menghabiskan masa
di alam siber, anda perlu mengetahui etika semasa berkomunikasi dalam alam siber.
ETIKA YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA
BERKOMUNIKASI DALAM ALAM SIBER
• Menggunakan bahasa yang sopan.
• Tidak memuat naik gambar atau komen yang
tidak senonoh.
• Tidak berkongsi atau menyebarkan keburukan
orang lain.
• Tidak menghina, mencela, menyindir, mahupun
melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada
orang lain.
• Tidak menyebarkan maklumat yang belum pasti
kesahihannya.
• Mematuhi akta undang-undang siber.
144
Unit 12 NC.indd 144 27/10/17 7:01 pm

