Page 56 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 56

2.1   MEMPROSES KEROPOK LEKOR


           Pengenalan

           Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985, keropok lekor merupakan makanan yang diperbuat
           daripada campuran isi ikan dan kanji dengan kandungan protein tidak kurang daripada 15%.  Nisbah isi
           ikan dan tepung sagu boleh diubah suai di antara 2:1 hingga 3:1 mengikut cita rasa dan permintaan.  Isi ikan
           hendaklah di antara 50 – 60% daripada berat ikan. Isi ikan akan digaul dengan tepung sagu atau tepung
           kanji, garam, bahan perisa dan ais sehingga sebati. Mutu keropok lekor bergantung kepada jenis dan
           kesegaran ikan, nisbah bahan utama dan proses penyediaannya. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan
           keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semula jadi.
              Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok lekor ialah ikan parang, ikan tamban,
           ikan selayang, ikan kerisi dan ikan  biji nangka. Ikan yang mengandungi banyak tulang seperti ikan
           tamban dan ikan parang boleh juga digunakan tetapi perlu diproses dengan menggunakan mincer untuk
           menghancurkan tulangnya. Keropok lekor yang telah direbus akan disejukkan pada suhu bilik sebelum
           dibungkus dan dipasarkan.  Produk berasaskan ikan ini juga boleh terus dimakan begitu sahaja atau
           digoreng terlebih dahulu dan dimakan bersama-sama sos cili yang akan menambahkan keenakannya.

















                                                                             Ikan parang












                                             Jenis-jenis                             Ikan selayang
                                                Ikan








                                                                                    Ikan tamban










                     Ikan kembung
                                                           Ikan kerisi


                                     Rajah 2.1  Jenis-jenis ikan yang sesuai untuk keropok lekor

              50
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61