Page 1 - Jeruk Buah
P. 1

OBJEKTIF UNIT



               Pada akhir pembelajaran unit ini murid boleh:

                         Menyediakan bahan mentah dan alatan untuk memproses jeruk buah.
                         Mengenal pasti fungsi setiap alatan memproses jeruk buah.
                         Menyukat dan menimbang bahan mentah dengan tepat.
                         Memproses jeruk buah mengikut langkah kerja yang betul.
                         Membuat ujian penilaian jeruk buah.
                         Membungkus dan menyimpan jeruk buah dengan betul.
                         Mengira kos penghasilan jeruk buah dengan tepat dan betul.
                         Mengamalkan kebersihan diri, keselamatan dan sanitasi sepanjang penghasilan
                        jeruk buah.



               MAKLUMAT RUJUKAN
























               Pengenalan

                      Penjerukan buah merupakan salah satu kaedah pengawetan makanan.

                      Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan menjadikan keadaan
                       tidak sesuai untuk mikroorganisma tumbuh atau membiak.

                      Jeruk buah boleh disimpan lebih lama dan didapati juga kandungan zat asalnya tidak
                       banyak berubah.

                      Aroma dan tekstur akan bertambah baik dan makanan yang lebih selamat dan sedap
                       dapat dihasilkan.
   1   2   3   4   5   6