Page 6 - Jeruk Buah
P. 6
Sediakan larutan sirap. Masak gula
Buang air rendaman pertama dan tuskan dalam air hingga mendidih.
buah. Masukkan buah betik ke dalam air Masukkan asid asetik, alum dan
rendaman kedua yang mengandungi 0.2% natrium benzoat. Biarkan sejuk
alum selama 4 jam. sehingga suhu 70°C.
Standard pembelajaran
Melakukan pemprosesan dengan
kaedah yang betul
Pembungkusan dan Penyimpanan
Penyimpanan jeruk buah di dalam botol kaca adalah baik kerana kaca tidak
bertindak dengan cairan jeruk. Sebarang perubahan di dalam botol dapat
dikesan dengan melihatnya dari luar.
Produk boleh disimpan pada suhu bilik tetapi pendedahan kepada cahaya
matahari dan suhu yang berlebihan perlu dielak bagi menghalang proses
pemerangan.
Botol kaca perlu disteril untuk membasmi kuman yang mungkin boleh
mencemarkan produk.
Plastik yang tahan asid juga digunakan sebagai bahan pembungkusan dan
kebiasaannya ia digunakan untuk pembungkusan jeruk tanpa cairan.

