Page 184 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 184

Jawab soalan yang berikut.

           1.  Senaraikan dua bahan yang digunakan untuk memproses tapai pulut.

           2.  Berikan satu fungsi ragi dalam pemprosesan tapai pulut.

           3.  Nyatakan suhu dan tempoh pemeraman tapai pulut selepas dibungkus.
               Suhu pemeraman:     __________________________
               Tempoh pemeraman: __________________________

           4.  Berikut merupakan sebahagian alatan yang digunakan dalam pemprosesan tapai pulut. Berikan fungsi
               setiap alatan tersebut.
               (a)  Penapis teh
               (b)  Jag penyukat
               (c)  Periuk nasi elektrik

           5.  Nyatakan dua bahan pembungkusan yang sesuai untuk tapai pulut.

           6.  Pernyataan di bawah menunjukkan sebahagian langkah kerja memproses tapai pulut. Susun semula
               langkah kerja tersebut dengan menulis 1 hingga 9 di ruang jawapan.

                                           Langkah kerja                                 Ruang jawapan
              Alas meja dengan plastik.

              Balikkan pulut di tempat asal dan tabur sebahagian lagi ragi di atas pulut.  Gaul sebati.

              Buang air rendaman, bilas dan tuskan beras pulut.
              Ratakan pulut di atas meja setebal 2 cm.  Biarkan sejuk pada suhu bilik.
              Gemburkan pulut dengan garpu (sekali sahaja) dan biarkan selama 5 minit.

              Bersihkan beras pulut.

              Tanak beras pulut bersama air bersih (450 ml) dalam periuk nasi hingga masak  selama
              5 minit hingga 10 minit.

              Tabur rata sebahagian ragi di atas pulut dengan menggunakan penapis.
              Basuh dan rendam dalam air selama 15 minit pada suhu bilik.

           7.  Rajah  di bawah menunjukkan sebahagian kad maklum balas yang diterima daripada pelanggan semasa
               Kartina menjalankan ujian penerimaan produk terhadap tapai pulut keluaran syarikatnya.

                             Tapai pulut cantik dan          Saya suka tapai pulut ini kerana
                             berwarna putih.                 nampak unik tapi  lembik apabila
                                                    Puan Santi  dimakan.
                                                                                Puan Woon


                             Saya tidak suka bau             Saya suka rasanya tapi perlu
                             masamnya.                       diolah kerana terlalu manis.
                                                      Cik Adora                          Hj. Baharom



               Berdasarkan rajah di atas jawab soalan yang berikut.
               (a)  Nyatakan dua aspek tapai pulut yang kurang diterima oleh responden.
               (b)  Cadangkan tiga cara untuk menambah baik aspek tersebut.
               (c)  Nyatakan dua faktor yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan ujian penerimaan produk.

             178
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189