Page 179 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 179
Formulasi
Formulasi ini menghasilkan lebih kurang 800 g tapai pulut.
4.1.1 Menyenaraikan bahan
mentah dan alatan
Bahan memproses tapai pulut.
500 g beras pulut 4.1.2 Mengenal pasti alatan dan
1 g ragi tapai fungsi.
450 ml air (untuk tanak pulut) 4.13 Menyediakan bahan mentah
dengan sukatan yang tepat.
Alatan
Besen Mangkuk Penapis Penapis teh Jag penyukat Garpu Spatula Periuk nasi elektrik
Penimbang digital Alas plastik Bekas plastik berpenutup (Polyethylene Terephtalate-PET) Bahan dan
alatan pembersihan Perlengkapan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment-PPE)
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Fungsi Bahan
Bahan Mentah Fungsi
Beras pulut Bahan utama dalam pemprosesan tapai pulut dan sumber karbohidrat.
Ragi tapai Pemangkin tindak balas penapaian.
Air Merendam dan menanak beras pulut.
Alatan
Peralatan Fungsi
Besen Merendam beras pulut.
Mangkuk Mengisi bahan mentah.
Penapis Mengetus dan membilas beras pulut.
Penapis teh Menabur ragi.
Jag penyukat Menyukat air dengan tepat.
Garpu Menggembur beras pulut.
Spatula Meratakan ragi pada beras pulut.
Periuk nasi elektrik Menanak beras pulut.
Penimbang digital Menimbang bahan.
Alas plastik Melapik meja untuk meratakan pulut.
Bahan dan alatan pembersihan Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment-PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkus Fungsi
Bekas plastik berpenutup Membungkus tapai pulut.
Polyethylene Terephtalate (PET)
173

