Page 60 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 60

seseorang  murid  serta  menambah  baik  PdP.  Pelaporan  ini  bukan  bertujuan
                              untuk membuat perbandingan antara seorang murid dengan murid yang lain.


                       5.2    Penjaminan Kualiti PBD di Peringkat Sekolah

                      Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBD
                      mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam
                      semua  aspek  dan  peringkat  pentaksiran.  Pentaksiran  yang  berkualiti  akan
                      menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan perkembangan pembelajaran
                      dan tahap penguasaan murid. Maklumat yang tepat boleh membantu guru dan juga
                      murid melakukan perubahan yang sewajarnya bagi tujuan meningkatkan pengajaran
                      dan pembelajaran.

                      Penjaminan  kualiti  PBD  di  sekolah  diketuai  oleh  Pengetua/Guru  Besar  (PGB)  untuk
                      memastikan kualiti dan kelancaran pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah dengan
                      melibatkan pelbagai pihak seperti:

                                 Pengetua/Guru Besar (PGB)
                                 Penolong  Kanan  (PK),  PK  Akademik,  PK  Hal  Ehwal  Murid,
                                  PK Kokurikulum , PK Pendidikan Khas, Penolong Kanan Petang
                                 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/Ketua Bidang (KB)
                                 Ketua Panitia (KP)
                                 Guru Mata Pelajaran (GMP)
                                 Guru  yang  dilantik  oleh  PGB/Jawatankuasa  Kurikulum  sekolah/
                                  Jawatankuasa PBS sekolah


                       Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBD dilakukan melalui:
                                 Pementoran
                                 Penyelarasan
                                 Pemantauan
                                 Pengesanan


                       Pementoran

                       Pementoran dalam konteks PBD adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan
                       kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan
                       kefahaman guru untuk melaksanakan PBD mengikut prosedur dan garis panduan yang
                       ditetapkan.  Aktiviti  pementoran  dijalankan  sebelum,  semasa  dan/atau  selepas
                       pelaksanaan PBD.

                       Para  pentadbir  (PGB/PK/GKMP/KB)  hendaklah  membantu,  menyokong  serta
                       membimbing  guru  bagi  meningkatkan  pengetahuan  dan  kefahaman  guru  dalam
                       melaksanakan PBD secara berterusan.



                                                            48
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65